Baru2 ni anak kecik main fon kebetulan suami tengah solat bila anak ng4muk2 sebab video yang dia tengok dah habis

salam. min. Tolong hide profile ye. nak tnya apa patut buat ye. Suami masih mesej dgn perempuan lain. Dulu awal2 kawin dh skandel dah dengan j4nda. Bergaduh terus kena hantar balik kampung.

Anak kecik sorang time tu. Lepastu mil yang satukan kami semula. Sudah lama sangat tak jadi macam kes tu dh. Taktau lah kalau ada sebab saya tak check pun hp suami. sebab sebelom tu pernah tengok hp suami tak ade clear je dari mesej2 ngarut dan password pattern dia pernah buka depan saya.

Baru2 ni anak kecik main fon kebetulan suami tengah solat bila anak ng4muk2 sebab video yang dia tengok dah habis, dia bagi saya untuk Replay video tu lah kot, time terbuka tu nmpk whatsApp. terus ternampak nama perempuan. Sembang sayang2 bagai. berderau darah.

sempat snap pic. Dah lama tak nampak macam tu. Sekarang tengah gadoh. tapi makan minum dia saya siapkan jugak lah. Cumanya rasa diri macam dh tak berguna padahal dia tengah sakit sekarang tak boleh drive saya p hntr time p hospital appointment dia last2 dapat tau mesej deorg tu terus saya rasa macam nak biar je dia handle sndri.

Tapi kesian, kesian juga kat anak2 kalau kami berpisah. Anak2 kecik2 lagi tapi nak bagitau saya dah sound perempuan peny0nd0l tu. j4nda jgk. FB,ig, Tele semua saya sound sebab  org macam dialah yang buat orang pandang serong pada j4nda. semua medsos dia block saya lepas kena sound

saya dh Mohon istikharah pd Allah tnggu jelah apa jd selepas ini. Tapi nak tahu klau jd kat korang dengan hubungan masih mendatar macam ni takde apa2 tindakan apa perlu buat.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top