Kisahnya suami aku ada 4 orang beradik dan laki aku sorang ja lelaki dan saudara lain semua berkerjaya dalam bidang penjawat awam

Assalamualaikum , tak tahu nak mula macam mana tapi dah lama rasanya terbuku dalam hati aku. Aku dan suami dah berkahwin selama 7tahun tapi masih tak mempunyai zuriat (penah gugur tahun 2016 dan 2020 ank kembar). Tapi tu bukannya aku nak cerita dan luah.

Kisahnya suami aku ada 4 orang adik beradik dan laki aku sorang ja lelaki dan saudara lain semuanya berkerjaya dalam bidang penjawat awam kecuali lelaki aku yang cuma kerja di bidang swasta tapi berjawatan.

Dari kecil memang suami aku tidak tinggal sebumbung dengan family dia sebab kena jaga arwah tok dia di kampong. Meningkat sekolah menengah selepas arwah tok dia meningg4l, baru dia tinggal bersama kedua ibu bapa dia.

Sejak aku berkahwin dengan dia sehingga sekarang, aku dapat rasanya yang aku hanyalah orang luar. Berbeza dengan menantu @ biras yang lain dimana mak mentua & pak mentua aku agak sanjung dan juga sanggup berhabis duit untuk anak2 yang lain. 

Laki aku selalu berkata kat aku“ abang bukan anak kesayangan walaupun seorang ja laki dalam family ni, harap syg jgn terlalu berharap jadi macam menantu lain “ Cuma aku tak sangka pilih kasih tu memang menyakitkan.

Bila anak dan menantu lain balik, kami akan jadi seperti patung & boneka dimana mak mentua dan pak mentua hanya panggil diaorang ja turun makan tapi kami disuruhnya makan kemudian. Rumah aku dan mak mentua aku jarak dalam 30min tapi lelaki aku jarang dah nak balik rumah mak dia lepas mak dia anggap kami macam orang luar.

7 tahun dah berlalu, aku cuba macam2 untuk memikat hati family mentua, tapi sampai sekarang aku dah rasa penat, penat sangat2. Aku cuba untuk buatkan hubungan laki aku dan mentua baik tapi tetap tak boleh sebab jurang pilih kasih terlalu besar dalam family mentua.

Aku tak paham kenapa dia tak sayang kat laki aku. Laki aku ni cukup sempurna di mata aku , bertanggungjawab, tak pandai keluar lepak, tak pandai merokok  tapi disebabkan laki aku bukan kerja dalam sector kerajaan, sampai sekarang ayah & mak dia masih tak sayang dia macam anak sendiri.

Even family mentua semua berkerjaya dalam sector kerajaan, tapi salahkan anak laki dia dapat rezeki halal di sector swasta? Hina sangat ka orang kerja sector swasta ni?
Sumpah penat dengan perangai orang pilih kasih dalam family.

Family aku takda pun pilih kasih macam ni, mak aku sayang menantu semua sama rata, kadang2 menangkan menantu perempuan sebab mak aku kata menantu pun macam anak sendiri. Tapi tak pada mak mentua aku yang hanya anggap aku orang luar.

Banyak lagi yang tak terluah tapi ni ja aku taip dan bercerita. Sesungguhnya jadi mak ni jangan pilih kasih even anak tu paling tak pandai dalam family. Tak semua orang cerdik dan perfect dalam muka bumi. Doakan aku ada zuriat sendiri supaya aku tak buat anak aku macam family mentua aku buat kat anak dia.

1 thought on “Kisahnya suami aku ada 4 orang beradik dan laki aku sorang ja lelaki dan saudara lain semua berkerjaya dalam bidang penjawat awam”

  1. Wow, incredible weblog structure! How lengthy have you been running a blog
    for? you made running a blog glance easy.
    The overall look of your website is magnificent, let alone
    the content material! You can see similar here najlepszy sklep

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top