assalamualaikum. hai admin hide profile ok? selamat berpuasa.. tak ada kisah sedih sangat. tapi rasa sedih jugaklah kadang tu. siapa macam aku? tak pernah langsung diberikan duit raya, nafkah bagai tu, sepanjang 10 tahun berkahwin, tapi tiap kali raya suami sibuk kira dan masok sampul duit raya untuk sedara mara, anak buah, orang tua-tua yang dia kenal, dia memang murah hati dengan orang, ramai cakap dia pemurah orangnya, tapi kenapa dia kedekut pada aku? dia pon diam tak jawap soalan aku, duit nfkah pula lagi lah, sekadar beri duit dapur baki diminta semula, biasalah.
katanya dah diberikan tmpat tinggal dan makan, itu dah mencukupi, baju raya pulak aku rasa 5 kali raya dah tak ada peruntukan baju raya untuk aku dan anak-anak, aku buat droship bagai untuk beli baju raya anak-anak, duit hasil tu jugaklah aku bayar bil utilities dalam rumah, kadang tampung perbelanjaan harian kami anak beranak, aku pulak recycle ja baju2 sebelum kawin amik dari umah mak, jarang pakai nampak lah macam baru.
Jaga baik elok lah pakaiannya so boleh lah pakai sampai reput. memang aku kena diet selalu memandangkan risau nnt baju takmuat, and tahun ni tahu apa surprise dia buat? dia kenal kan dengan isteri muda janda takda anak. nak ajak duduk sekali 1 rumah pulak tu. adik beradik dia semua sokong dia, entah apa yg dia burukkan aku depan family dia entah lah, sebab aku tahu dia org macam mana, aku tahu tu cara nak halau aku memandangkan tu rumah atas tanah mak ayah dia, selepas diceraikan aku balik lah ke rumah mak ayah aku, anak-anak dia tak bagi ikot aku.
Dia nak anak semua dengan dia. mungkin sebab dah lama kahwin tak dikurniakan zuriat dengan yg baru, aku yang kosong tanpa sesen pon simpanan, nak berkeras pon mungkin akan menyusahkan hidup anak-anak, ku risau anak-anak hidup susah dengan aku nanti. mana dengan menumpang sebelum dapat tempat tinggal yg sempurna, dengan keadaan aku yg kemurungan, tak mungkin aku dapat jaga anak-anak dengan sempurna.
Bila aku tinggalkan anak dalam jagaan mereka aku difitnah dikatanya aku seorang ibu yang sangat kejam bila sanggup lari tinggalkan anak2, tak ambil tahu hal anak-anak. aku mohon doa daripada readers semua, doakan aku dapat kekuatan, kekayaan, kesihatan yang sempurna, dan semangat untuk aku berjaya supaya aku boleh tuntut hak jagaan anak-anak aku dr mereka. doakan mereka juga muga diberikan hidayah supaya tidak menipu dan menganiaya sesama manusia lg.