Berkahwin dengan suami dah sembilan tahun atas dasar cinta dari zaman bangku sekolah. Sama-sama masuk universiti dan lepas abis belajar kami berkahwin. 10 tahun jugak couple sebelum kahwin. Mendapat tentangan keluarga aku pada awalnya. Sebab suami aku tak la alim dan pandai agama sgt. Biasa2 je. Tapi sebab aku berkeras akhirnya kitaorang kahwin. Mungkin dah jodoh kot. 10 tahun couple tak sama dengan hampir 10 tahun kahwin lepas dah kahwin, baru tersedar dari lamunan cinta. Chewah! Suami adalah anak lelaki sulung. Mak mertua dah lama kematian suami dari anak2 masih kecil. Semasa sekolah rendah kalo tak silap. So suami sangat mengikut segala perintah mak die.
“Syurga dibawah tapak kaki ibu”. Kan. Pada mulanya rase bagusla suami kite mementingkan mak die tapi macam terlebih. Lepas 2 tahun kahwin, nak pindah keluar dari rumah mak mertua pun susah sangat. Anak mak la katekan. Aku selalunya akan berdiam diri sebab aku ni pun panas baran. Pernah la bersuara ketidakpuasan hati. Aku cakap pada suami Ko asyik dahulukan mak kau jadi aku ni ape dalam rumah ni Batu ke? Waktu tu aku 5 bulan mengandung anak kedua. Terus naik tangan ke muka 2x. Berserta jawapan “Die mak aku. Die No.1”. Lepas dari tu, takde bagitau dah perasaan ke hape. Pendam sorang2.
Yang bestnye, makin lama layan kite ni isteri macam berua ke hape. Kalo tersalah bende kecik2 boleh kene maki free2. Die memang tak mencederakan fizikal, tapi mental sangat terkesan. So, part yang menghormati dan menyayangi isteri tu mcm tak wujud kan dalam islam.
Ada macam2 lagi dah jadi. Untuk pengetahuan, aku dan suami bekerja. Dan aku mmg banyak contribute dalam kewangan keluarga. Kebetulan memang ade rezeki lebih dari suami. Tapi aku tak pernah kesah. Untuk anak2 jugak.
Aku selalu masak kt rumah. Kadang mak mertua call suami suruh aku masak ape2 untuk bawak ke rumah die. Raya mesti aku kene masak dalam kuantiti yg banyak. Tapi tak pernah sekalipun die berterima kasih aku tolong masakkan. Kalo orang tanye, suami aku yang masak katenye.
Setiap kali raya, wajib raya rumah mak mertua dulu. Alasan suami kesian mama kan sorang (takde suami). Mak saya kan anak 8 orang. Pastu mak mertua pulak jenis selfish. Patut tengahari dah boleh balik rumah mak aku. Setiap tahun die akan buat lambat2. Suruh makan tengahari dulu la, ade sedara jauh nak dtg raye, ataupun die nak pergi beraya rumah sedara. Tahun lepas pukul5 petang baru bertolak balik rumah mak aku. Padahal bukan sape2 datang atau ape2 kat rumah mertua.
Tahun ni lagi best, sbb PKPB. Memula suami janji nak balik hari raya kedua. Penat katenye ulang alik raya pertama. Mak mertua duduk KL – mak aku Rawang, Selangor. Pastu tadi kt rumah mertua (mak mertua panggil datang makan malam kt rumah die – balik rumah sendiri dan datang semula), tetibe bising mane boleh pergi beraya esok. Terus mak mertua buat program baru, die nak datang beraya rumah kitaorg. Diaorang ni ingat aku ni xde perasaan ke? Dan suami aku yang taat pada mak die terus setuju mak die nak datang rumah esok. Aku ni ape bende ek? Patung cendana ke?
Lesson learnt: Kahwin dengan orang yang tak lengkap ilmu agama memang boleh bawa bencana dalam rumahtangga. Tapi tak bermakna kene terus tinggalkan. Tapi perlu terus belajar ilmu agama. Kene ada komunikasi. Kene bagitau pasangan emosi dan perasaan kita. Kalo tak memang memakan diri. Kepada Group ni nak tanye pendapat, patut tak aku mintak cerai? Aku dah penat. Bosan. Jadi punching bag. Remuk hati.
This article is a true testament to the power of quality journalism to inform and educate readers on important issues. The author’s ability to present complex issues in a clear and engaging manner is truly impressive, and their commitment to presenting balanced and unbiased perspectives is admirable. What I appreciate most about this article is its ability to tackle complex issues and present them in a way that is accessible and engaging for readers of all levels. Whether you’re looking to learn something new or simply looking for an interesting read, this article is a must-read.