Assalamualaikum admin,mohon hide nama saya. salam warga net,saya dh lama nak cerita tapi tak tercerita. bukan membuka aib tapi mungkin jua saya dapat mencari jawapan positif dr anda sekalian. kisahnya begini, saya dan isteri telah berkahwin selama 4 tahun dan dikurniakan 2 cahaya mata. kami PJJ, saya bekerja technician troubleshooting HVAC di PJ, wife pula penolong kanan di salah sebuah sekolah menengah di kuching.
Anak kami di PJ, mak tolong jagakan semasa saya pergi kerja. kebetulan duduk setaman tapi lorong lain lain. bila di rumah saya take over anak, berjaga malam buatkan susu semua tu.pagi pukul 8:30 saya dah hantar anak ke rumah mak,then baru pegi kerja. kadang memabg balik lewat, penat tido jer di rumah mak. wife selalu balik sini bila ada cuti, kadang dia balik je bila ada duit.
Nak dijadikan cerita wife bagi cadangan kepada saya, katanya anak dah besar sorang 2 sorang setahun dah boleh carikan pengasuh saya kena berdikari sedikit katanya. Saya cakap susah. sebab kerja saya ni balik tak mnentu adakalanya kena outstation, satu lagi faktor bayaran kepada pengasuh. saya bfikir ada baiknya macam sekarang saya bayar kpd mak saya, jadipun anak dh selesa, adik2 dirumah pun suka main. dia pulak cakap kat saya ni, saya berkira, kedekut katanya.
Bila sembang cerita pasal gaji saya mulalah dia cakap macam saya jer yang keluar duit sedangkan bukan itu maksud saya. saya faham masing2 ada keluar duit. saya ni setiap bulan hanya untuk byar komitmen, balance tu jela duit makan. dia pernah perli saya, cakap rezeki saya sempit. Sebab tak penuhi permintaan isteri, tak bahagiakan isteri dengan tunaikan permintaan. deep terus. pernah satu masa tu saya tergelincir naik motor, bawak la repair motor sebab handle senget. mengadu dekat wife, dia cakap. har. Itu la tuhan tarik satu satu. duit tak mengalir ke bini tapi mengalir ke lain. sebab tak penuhi hajat dia.
Sometime saya terasa dengan apa yang wife selalu share dekat story dia, dekat FB. semua tu kebanyakan seolah2 tuju pada batang tubuh saya. saya tak ada nak share dkt FB tentang dirinya pun. Saya dah pernah tegur, cakap tak elok wat macamtu. last2 saya kena block haha.
kalau dia balik sini suka mengeluh ckp tiket mahal. saya hanya bagi ikut kemampuan saya sajela. bulan2 saya bagi rm300, duit teksi rm100 sebulan.itu pun nak sindir saya lagi. saya pun tak faham. ni nak teman nok kabor, income teman 3400 range sekali OT.
belanjawan bulanan 3400-650 (mak)- 400(wife)- 580(kereta)-,900(rumah)- 150(ptptn)-160 (insurance) -65(coway) -100(api+air)- 58(bil tepon)- 150(bajet minyak petrol) .ate. balance tu la teman buat makan. susu pampers anak, insurance anak pun perlu difikir. mujur wife ada tolong sikit hulur.,alhamdulillah. tapi teman nak survive kadang tu sabtu ahad cari duit nak cover mana yang patut. dah kena tegur dengan wite. duit boleh cari, masa mana nak cari. adehh. Macam mane ni ye yob, yong, mengkome. dilema betul. duk pikio pasey anok mengasuh pun satu hal, terpsiko pasal bini cakap teman gitu pun ada. kemurungan betul. bukan senang hidup ni, nak sukakan orang kan.
Apa pun ini jalan yang teman pilih. salah teman jugak tak dapat nak bahagia kan dia. berserah sajela. ada dah 5 kali mintak cerai. uhuk3. teman pikio anak je. oo mentang2 kome koje sedap, berani ye nak ugut2 mintak cerai. hurmmm. Ate. Macam mane ni? berikan pendapat murni kome kome. dahla raya ni teman tak dapat balik kampung teman, kg mambang di awan. sadiss. tahun depan dah turn dia balik rhu rendang,marang. salam lailatul qadar gais. minta maaf 10 jari mohon ampun ye. TQ admin.