Ceritanya aku sedih min kecewa sangat bila dapat tahu isteri masih tak mampu berikan zuriat Dah 4 tahun min aku tunggu

Assalam min aku ingin bertanya pada warga krt. Boleh ke aku kahwin lain demi untuk mendapatkan zuriat.
Ceritanya aku sedih min kecewa sangat bila dapat tahu isteri masih tak mampu berikan zuriat Dah 4 tahun min aku tunggu.

Berusaha dari tahun pertama lagi, jumpa doctor buat treatment, isteri makan clomid berdos- dos, makan supplement berbotol botol urut semua, tapi still tak berjaya. Aku betul2 kecewa. Kenapa la nasib aku macam ni min.

Orang suruh bawa isteri pergi melancong sane sini aku bawak sama jer min. Kawan2 semua dah ade zuriat. Kadang2 aku rasa malu sangat.  Serius aku cakap aku lebih rela bekerja di office dari balik kampung hadap relative.

Dan aku memang tak nak balik bercuti tahun ni. Umur aku pun dah nak 30, tak tau bile nak dapat. Kalau dapat pun mungkin aku dah tua (sedey). Aku pernah tanya isteri pasal kahwin lain tapi biase la jawapan perempuan, Dulu aku sayang sangat kat isteri aku ni,

tapi bila jadi macam ni sayang tu dah berkurang dalam hati aku min. Dari segi perbuatan aku still sama. Hati jer dah tawar. Betul la orang kata min anak la yang menjadi pengikat hubungan suami isteri Tak boleh ke perempuan consider kat lelaki kes macam aku nih min.

Aku bukan saja2 min nak kahwin dua macam lelaki lain. Bukan sebab n4fsu jer semata-mata. Tolong la faham wahai perempuan. Andai aku yang pergi dulu dari isteri siapa yang nak doakan aku kalau bukan anak.

Isteri aku pasti la aku kahwin lain sebab die cantik. Die kata die setia tak kan kahwin lain. Tapi aku tak percaya. Korang rase?. Silap2 dia tak kan ingat aku dah nanti. Aku tiada siapa2 min. Tiada keturunan.

Tiada Zuriat. Harap2 ada la min. Kalau takde jugak korang advise la ape perlu aku buat sebab tu macam dah final stage. Korang yang senang ada anak tak kan faham apa yang aku rasa. Aku betul2 kecewa dan frust.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *