Salam warga krt. Admin tlong hide profile saya. Perkahwinan saya dah masuk 2 tahun dan skrg dh dikurniakan seorang anak. suami saya seorang yang bertanggungjawab.
masalah saya dengan suami dh lama. Awal2 kahwin memang dah bermasalah. Isu kecil kadang jadi besar. Suami saya jarang nak berkomunikasi dengan saya. Gurau2 pon tak pernah.
Banyak main telefon diluar rumah. Nak bersama pon kadang2 okay kadang tak okay. Setakat saya kahwin dah 2 kali kantoi berhubung blik dengan ex. Bila kantoi dia selalu salahkan saya.
Bila dia kantoi berhubung blik dengan ex. Kami akan bergaduh teruk sampai nak bercerai berai. Lepastu dia akan minta maaf tak buat lagi. Lepastu berhubung balik dengan ex belakang saya.
Baru ni dia kantoi lagi berhubung dengan ex. Sekarang dia kata dia tak berhubung dah dengan ex dia. Masalahnya terbaru saya jumpa gambar suami dengan ex pergi bercuti berdua masa sebulan sebelum kami kahwin.
Banyak gambar mesra mereka yang diprivate kan dalam telefon. First time saya tengok gambar mesra mereka. Saya sangat tawar hati. Saya dah tegur suami saya, dia cakap tu benda lepas tak payah ungkit.
Lepastu dia tukar password fon. Sampai sekarang hubungan kami renggang. saya sampai rasa nak bercerai ja. Da banyak kali dia tipu saya. Dari seblom kawen smpai dah kawen.
Suami saya macam tak boleh lepas perempuan tu. Perlu ke saya stay dan percaya dengan lelaki macam ni even dia kata nak berubah. sekian luahan saya.