Ceritanya baru2 ni bapak mertua saya call dia mintak 6K dekat suami sebab Katanya  untuk bayar hutang orang sebab dia hutang untuk keperluan rumah

Assalamualaikum admin dan warga rumahtangga. Saya taktau nak bermula cerita macam mana, cuma saya nak tanya, jahat ka saya kalau membenci bapak dan ibu mertua saya? Bukan niat saya nak benci, atau sakit hati.

Tapi hati saya betul betul sakit dgn mereka. Ok, suami saya ada 3 beradik, dia yang ketiga, yg kedua meningg4l dah lama, cuma tinggal dia dan abang yg sulong.

Ibu mertua saya lumpuh, dan ayah mertua tak bekerja sebab menjaga ibu mertua saya. Saya dan suami tinggal berasingan dgn mertua, takjauh takdekat. Abang ipar pun dah kawin, cuma belum dikurnaikan anak.

Saya dah ada dua anak.
Ceritanya baru2 ni bapak mertua saya call dia mintak 6K dekat suami sebab Katanya  untuk bayar hutang orang sebab dia hutang untuk keperluan rumah. Bila saya tanya, hutang tu dah lama.

Saya tanya suami, betul ka ayah berhutang sedangkan masa ayah mereka hutang suami dan abangnya belum kawin, mereka yang sara keperluan rumah. Kira dah lama hutang ayah mereka.

Ayah mereka memang dari dulu takpernah ada kerja tetap, repair2 kereta moto dan ada kerja2 lain yang takboleh saya bagitau. Saya takpernah kesah, bab duit suami nak bagi mak ayah dia, saya selalu pesan dapat banyak mana pun gaji sikit atau tak, sentiasa bagi utk mak ayah.

Ubat maknya dia yang tanggung, saya tak kesah. Cuma saya stress, bab hutang ayah dia. 6K, dalam masa 2bulan. Mendesak desak dia mintak dengan suami, saya ni dengan anak dua orang, dua dua kecik lagi. Masih perlu pampers dan susu.

Yang saya marah sangat sebab ayah suami tak bagi anak anak saya minum susu lagi sebab tula punca suami saya takmampu  nak bagi mereka duit banyak. Sejak ayah cakap hal hutang tu, saya dgn ayah mertua dah tak serapat dulu.

Ayah mintak saya jual rantai gelang hadiah dari mak saya, takmungkin saya turut. Itu dari mak saya. Lepastu, bila saya balik sana, dia asyik cakap tahun depan dah boleh keluarkan kwsp, cepat cepat keluarkan jangan dok buat lupa.

Saya cakap dengan dia, ayah ada dua anak, kalau sorang separuh Insha Allah boleh selesaikan hutang ayah, kalau suami saya sorang, takboleh dalam masa yang terdekat.

Dia cakap, takboleh, abang ada banyak tanggungjawab, dia ada kereta nak bayar, rumah dan moto nak bayar. Ya allah, habis suami saya? Memangla rumah kami takperlu bayar, kereta takpayah bayar, tapi banyak lagi hal dalam rumah nak bayar, anak anak lagi.

Sejak saya tegur ayah mertua saya, bila saya balik sana dia dah tak macam saya kenal dulu. Dia biarkan rumah berselerak, pinggan penuh sinki, baju mak yang penuh airkencing, dia arah saya buat.

Lepastu, dia call biras saya, dia bagitau itu ini. Ya allah, tak kuat sungguh saya. Sejak suami saya nak kena selesaikan hutang ayah, suami saya kerja tanpa cuti. Lepastu, ayah call lagi. Kenapa lama tak balik jenguk mak lah apa semua, bila suami cakap letih ayah, takboleh balik.

Sebab kerja tak cuti cuti, lepastu ayah dia cakap kalau macamtu berhenti jelah kerja, nanti sakit susah. Suamj cakap mana boleh berhenti, nanti sapa nak sara anak bini.

Ayah somi sorang yang hanya fikirkan diri dia, anak dia. Saya tak kesah kalau dia tak fikirkan saya tp anak anak saya. Kesian, kadang kadang sy terpaksa berhutang dengan kedai nak beli susu. Mak sakit pun, abang ipar jrg balik.

Balik pun balik hari, takpernah bermalam. Alasan macam macam, tapi ayah faham biras dgn abang ipar kerja. Macam saya, saya menantu yang tak bekerja. Suka dia call kacau mental saya sejak sejak saya tegur pasal hutang tuh.

Dia marah sebab nak susahkan anak sulong dia. Saya nak masakkan utk anak pun, dia cakap membazir, lepastu saya rebuskan ubi utk anak anak. Saya kalau boleh rasa dah taknak lagi balik tapi saya nak jaga hati suami.

Saya kesian suami saya. Kadang kadang saya rasa penceraian lebih baik, saya rasa macam dia baliklah dekat mak ayah dia supaya ayah dia puas hati. Ya, saya tau mungkin nanti ada yang komen alah setakat 6K tu tak terbalas jasa untuk ayah dia.

6K tu kalau dalam masa terdekat, diugvtnya dalam masa 2bulan takbagi dekat dia, dia nak buat tulah nilah. Apa yg korang rasa? 6K tu kalau share saya tak kesah, ni suami saya banyak tanggungan.

Saya nak kerja, ayah mertua takbagi, yala nanti saya sibuk dan takboleh balik nak kemaskan rumah dia. Kdg duk rumah mereka melebihi rumah saya, saya baru ja balik dua hari dah call ni mak tanya bila nak balik? Then, kalau apa apa satu pun arahan dia, kena ikut.

Takboleh bangkang, tapi saya banyak b4ngk4ng. Saya dah takpeduli, saya nak jaga hati saya. Saya sakit sangat rasa. Mak saya pun kadang saya tak sempat nak jumpa dan bermanja, anak tunggal pulak lah tu.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top