Teringat masa saya mengandung saya minta dia simpan duit  untuk beli barang keperluan baby tapi dia tak simpan

Hi min, tlg hide profile saya ya. Saja saya nak luahkan isi hati saya di sini sebab dh 4 thn simpan sorang2 sampai stress dh. Saya harap semua tlg jangan kecam saya ya. Saya dh berkahwin 4 tahun lebih, ada anak sorang.

Saya dan suami bekerja. Gaji saya tinggi sikit dr gaji suami, lebih kurang beza dalam 1k macam tu. Sambil2 tu saya pun ada buat online business untuk tambah pendapatan. Saya memang tak pernah berkira dengan suami saya tapi bila dh 4 thn macam nie..

kdg2 tu ada rs sedih, kecewa entah lah. Dr awal kawin sampai sekarang suami saya asayaik nak minta semua benda bayar kongsi. Cth, beli brg dapur ke, nak pergi bercuti ke, nak beli hadiah ke dll lah semua benda ajak share bayar.

Apa dia ingat saya nie kawan dia ke dh semua benda nak ajak share byr. Kalau share pun bukan separuh, tapi saya yang kena byr lebih. Untuk pengetahuan semua, duit kereta, bil-bil rumah, brg2 keperluan saya dan anak dari A-Z semua saya yang tanggung.

Sewa rumah dia minta share byr jugak tapi kali ini saya minta dia byr lebih sikit. Sebab memang takckup la saya nak tanggung sorang kan. Kdg2 saya rs macam saya nie takperlu ada suami pun takpa, dh semua benda saya bole buat dan tanggung sendiri.

Teringat masa saya mengandung saya minta dia simpan duit  untuk beli barang keperluan baby tapi dia tak simpan. So nak beli brg keperluan baby time tu pun saya jugak tanggung. Tak tahu nak ckp apa. Bila saya sakit demam g klinik nasib baik ada panel syarikt.

Tapi kalau saya nak beli ubat apa2 untuk saya di farmasi pun saya yang bayar. Suami takda nak hulurkan duit. Kalau saya minta dia ckp tak ckup duit.

Duit nafkah lg la.. takbg pun. Saya rs dlm 4 thn kawin tak sampai 10 kali dia bg.  Tapi nafkah untuk mak dia saya tegas suruh dia bg setiap bulan jangan miss walau apa pun. Mak dia tu syurga dia.

So nak berkat kena bg.
Pernah saya minta dia rm1 just cukup syarat bg nafkah kt saya, dia ckp tak tergamak pulak, dh tu takbg lgsg. Yang taksampai 10 kali dia bg tu dia bg rm50 je.

Brg2 keperluan saya dr hujung rambut sehingga hujung kaki semua saya beli sendiri. Suami takda bg duit jugak. Kdg2 tu teringin la jugak suami bayarkan untuk saya. Kot la nak byr kan pad, shampoo, skincare saya tu..

takda jugak. Sama jugak brg keperluan anak, saya jugak. Cuma dia belikan susu dan pampers anak je la setiap bulan.
Baju raya saya dan anak setahun sekali pun dia tak bayarkan. Entah lah.. kdg2 rs nyesal aku kawen. Ya Allah, bisikan sy4itan ni. Tak baik.

Dh semua saya je yang tanggung, mana saya nak puas hati. Tapi satu je, suami saya baik boleh jaga saya dan anak time ktorang sakit demam ke apa. Boleh harap. Saya dlm pantang pun suami yang jagakan, tapi fulus semua saya lah yang keluarkan.

Anak saya memang manja dengan bapa dia. Dia Seorang bapa yang penyayang, saya tak sanggup nak pisahkan anak dengan bapanya.

Oh ya! Ktorang bru 6 bulan pindah sewa rumah, duk asing. before nie duduk dengan mak saya. 100% semua brg dlm rumah sewa nie saya yang beli dan bayar sndiri. Saya ajak dia share duit beli brg perabot dia ckp tak ckup duit.

Apa sepatutnya saya buat ya? Saya nak dia berubah asalkan dpt tanggung tempat tinggal, bil2 rumah, brg2 keperluan saya dan anak, bg duit pd saya sekiranya perlu beli ubat untuk saya dan anak. Itu je. Makan minum awal2 gaji je dia beli.. seminggu lepas gaji sampai hujung bulan saya lah kena topup.

Dh byk saya berkorban, sampaikan nak beli apa2 yang saya idamkan untuk diri saya pun susah nak dpt sebab kena tanggung semua tu. Sebelum kawen dulu, saya dpt je simpan duit dpt pergi travel oversea dengan kawan2,

beli handbag dan brg makeup mahal2. Tapi sekarang nak beli apa pun takda dh, sebab utamakan brg keperluan anak dulu dan tanggung semuanya.

Apa pendapat korang di sini?? Saya pernah berfikir nak berpisah tapi taksanggup. Kalau nak berbincang dengan suami hal nie dh berbuih mulut serupa tu jugak, elok la sat bayar sebulan dua dh tu takda dah.

Saya bersyukur dpt suami yang baik dan penyayang tapi bab pengurusan kewangan dia tu saya takpuas hati. Patut ke kami berpisah atau bersama dan cuba cari jalan penyelesaian lg?

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top