Dan start dari situ juga aku dan kawan dia selalu berhubung sampai sekarang dan makin lama aku makin tawar hati dengan suami sendiri

Assalamualaikum admin, sudilah kiranya menjaga aib saya terima kasih. diceritakan dari awal. Aku berkhawin dengan suami atas dasar hubungan rapat sesama family. selepas berkhawin baru aku tau yang suami seorang kaki perempuan. sudah puas aku menangis bertahan hampir 5 tahun. suami tak nak lepaskan aku kerna dia sayang aku sangat2. mertua juga terlalu sayangkan aku sangat2. untuk pgetahuan korang dulu aku kerja di company swasta. tapi aku secara sukarela berhenti sebab nk stay dengn suami. makin jauh makin menjadi perangai kaki pompuan dia. Dan menjadi suri rumah tangga sepenuhnya.

selapas 5 tahun bertahan. makin menjadi perangai sebab rumah tangga tak disinari zuriat alasannya. tapi masih tak nak lepaskan aku. Malam kejadian bulan mac aku balik kampung masatuh sebab tengah bergaduh besar dengan dia. 3 hari dia tak angkat fone. so aku cari membe baik dia. Dan dia cakap suami ada je online game kluar lepak oncall n whassap group membe. tapi apa2 text dari aku even text “sayang minta maaf bukak fone aby” pun tak reply.

Dan start dari situ juga aku dan kawan dia selalu berhubung sampai sekarang dan makin lama aku makin tawar hati dengan suami sendiri. tetapi sjujurnya aku tak pernah jumpa atau keluar berdua-duan dgn kawan suami. sekadar mesej, call sahaja. sememangnya di gelombang rasa berdosa. tetapi tak tahu sebab apa. Pernah dibuang rasa “suka” ni pada kawan suami. tetapi dia juga masih cari dan kami kembali berhubung. sekarang jika suami tak bagi pegang fone. aku dh tak rasa sedih. jika suami aada prempuan lain pun aku dah tak rasa nak teriak.

Jika suami berkasar dengan aku, aku mampu tersenyum dan berbual seperti biasa. entah. maybe sebab ada nya seseorang yang memujuk. Kalau dulu suami hantar balik ke kg boleh bergaduh besar dengan suami. pernah saya baling kereta suamu dgn batu. sebab terlalu geram. tapi sekrang setiap bulan saya akan balik kg berminggu2. tapi apa yang nak saya luahkan disini. saya sbenarnya sayangkan suami. mungkin kerana perangai dia buat saya jadi macam ni.

Dah 2 bulan sebenarnya saya stay dengan suami. saya lihat ada perkembangan dalam diri suami. henfone dia tak lagi berkunci. layan saya seperti permaisuri. imamkan saya hari2. apa sahaja permintaan dia pasti tunaikan walaupun dia terlalu sibuk meeting dan outstation. terasa berdosa sgt2. tetapi jauh di sudut hati terasa ini semua hanyalah penipuan. apakah dia akan buat kembali.?

Pasal saya dan kawan dia kami pun dah tak berhubung. sebab saya dh stay dengan suami. tentang perasaan kami sebelum ni. masingg2 cuba be profesional. harapnya kawan2 boleh bagi SEMANGAT BARU pada saya. kerana sampai harini saya tak percaya suami saya. tetapi saya masih syg dan hargai apa yg dia buat sekarang. doakan kebahgian saya.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top