Salam Warga KRT. saya dah lama masuk group ni cuma saya cctv je.. Bagus group ni untuk kita dapat pendapat dan jawapan kita masing2. Kalau admin sudi siarkan pos saya, saya nak ucap terimakasih banyak2. Cerita saya macam ni. perkhwinan kami dah masuk 3 tahun. dikurniakan anak sorang, dan sekarang saya tengah mengandung anak kedua..
saya redha atas apa yang jadi kat saya harini.. saya terima ujian ni dengan hati yang terbuka. saya diuji dengan suami yang panas baran. bila kami gaduh benda kecil pun dia akan pukul saya.
kadang2 sampai biru mata.. bengkak kepala.. darah dalam mata..itu sudah makanan saya.. sejak kebelakangan ni bila gaduh dia halau saya, bila saya cuba halang saya pulak dipukul disepak terajang sdgkan anak ada dalam perut.. saya amat sedih dengan sikap suami saya.. terlalu sedih.. saya sabar mungkin kerana saya sayang kan dia.. saya maafkan apa yang dia buat wlaupun saban tahun di pukul.. kami buat bisnes sekali.. dan alhamdulillah kami mewah sedikit.
Betul orang kata kaya tak semestinya bahagia.. duit tak menjamin kan bahagia, ada duit tapi saya dipukul disepak sperti tidak ada rasa kasihan belas pada saya.. dia pujuk saya, saya jadi lembut hati. tapi bila ada gaduh je dia akan baran.. saya sedih knpa suami saya tak boleh sabar dan fikirkan tentang isteri yang mengadung.. saya tidak lah sempurna.. mesti dalam hubungan mna2 pun ada salah sikit tapi mesti boleh bawak berbincang.. sekarang dia dah semakin ego sebab dia dah kuasai duit bisnes tu..
Dia pernah ugut pada saya jika dia nak tinggalkan saya duit yang kami cari susah lelah (hasil harta sepencarian ) takkan saya dpt walau satu sen.. saya sedih bila memikirkan nasib saya dan anak untuk membesarkan mereka, lagi2 anak yang baru lahir ni.. susah lelah penat keringat dlm bisnes saya dirampas macam tu shj.. tapi saya redha.. saya cuma meluahkan dlm group ni supaya hilang sedikit rasa sedih terluka yang amat tajam dlm hati saya..
Jika benar dia ingin tinggalkan saya dan mengambil semua hak saya, saya akur sahaja jika itu yang dia mahu.. jumpa di akhirat nanti supaya nasib saya terbela.. benarlah kata orang.. kesalahan paling terbesar dalam hidup apabila kita salah memilih pasangan. doakan saya.. supaya saya boleh start dari bawah semula.