Dipendekkan cerita aku sedang dilamun cinta dengan seorang wanita sepejabat dan yang s4disnya dia juga tunang orang

Assalam Admin yang budiman. Pertama sekali, terima kasih kerana sudi menyiarkan luahan ini. Nama aku Karim (bukan nama sebenar) Bekerja di sebuah syarikat perladangan di utara tanah air. Aku sudah berkahwin 6 tahun dan mempunyai 5 orang anak.

Isteri aku baik, penyayang dan boleh tahan juga orangnya. Aku sayang mereka semua. Cuma satu saja masalahnya isteri aku tak reti layan aku dan asyik kata penat bila diajak bersama.

Hidup aku biasa-biasa sahaja, seorang yang gila kerja (workaholic) serta miliki dua buah rumah tapi masih atas nama bank dan hanya ada kereta kancil lama sahaja.

Dipendekkan cerita aku sedang dilamun cinta dengan seorang wanita sepejabat yang s4disnya dia juga tunang orang.

Pada asalnya kami hanya berkawan biasa, tapi tak tahu macam mana boleh berputik pula bibit-bibit cinta. Aku tak bertepuk sebelah tangan kerana dia juga menyambut cinta aku.

Setakat ini, hubungan kami tak ada seorang pun di kalangan rakan pejabat mengetahuinya kerana kami sangat professional. Kami tidak mencampur adukan antara hal kerja dan hal peribadi.

Untuk rancangan jangka panjang aku berhasrat untuk memperisterikan dia (berangan). Aku bukan lah jenis lelaki yang suka berpoya-poya atau mengambil kesempatan di atas kelemahan wanita.

Lumrah bercinta  setakat Pegang-pegang sampai terlanjur tu biasa lah.. siapa tak pernah kan?  aku memang serius nak jadikan dia sebagai isteri yang sah. Dan dia pun sudi nak  aku jadi suaminya.

Dia tak pernah cinta pada tunangnya kerana hubungan mereka diatur oleh orang tua. Macam mana nak teruskan langkah tanpa menyakiti siapa2? Aku buntu dalam masa yang sama aku sayang kedua duanya.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top