Dipendekkan cerita isteri saya ibu dan isteri yang baik saya tak nafikan masalahnya dia memang taksuka nak bersama.

Assalam. Hide profile. Saya cuma nak tanya,harap takde kecaman. Kalau isteri taknak bersama, mcmana ya. Beliau mmg cakap berterus terang. Tp cara baik.

Dipendekkan cerita isteri saya ibu dan isteri yang baik saya tak nafikan masalahnya dia memang taksuka nak bersama. Boleh kira dengan sebelah tgn je brapa kali setahun

Saya mmg cakap ok, x kisah,tp jauh di sudut hati, sendiri yang tahu.  Saya sgt mmbantu dlm buat kerjarumah,jaga anak. Bersama bila beliau nak anak je. Beliau berkejaya ,office hour. Balik lepas solat semua,rela melayan movie ,kdrama brsiri.

Jd saya sibukkan diri. tak kisah weekday weekend pon. Biar tak fikir sgt.
Trkadang rasa cemburu dengan yang lain,terutama adik saya. Family yang lengkap,isteri pn sntiasa ada,ringan tgn mmbantu. Kalau knduri,saya tlg sbb suka tgk dorang.

Sejak akhir2 ni saya suka nk gathering,suka sembang ngn adik ipar . Byk prsamaan dn rasa dkt. Dia memanggil saya panggilan “abg”  pn saya rasa seronok walaupun semua family panggil panggilan yang sama.

Cuma dia sembang bila ada suami dia,isteri saya. Kalau tak,dia tak duk sama. Bg saya adik ipar ni manja2 garang yang easaya going. Bertuah adik saya. Berdosa rasa fikir bukan2.

Pertanyaan saya,camna nak hilangkan perasaan ni?mcmana nak dptkan keberanian untuk bersama isteri?saya takut saya kecewa kalau dia tak nak. Di luar,semua org cakap kami pasangan yang sangat2 bahagia,tolerate dan idamkan family bahagia mcm ni.

Sedangkan yang tolerate kebanyakannya saya .saya seorang yang tak pernah tinggal solat (kalau ada yang kata saya jauh dr Allah). semoga ada yang bole kongsi pandangan. Yang buruk dtg dr saya semua,yang baik2 dari Allah. Saya dahulukan dengan terima kasih dan maaf kalau pertanyaan ni agak melampau. Tq

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *