Assalammualaikum warga KRT..terima kasih admin sebab sudi post confession saya…saya ada beberapa luahan dan amat memerlukan pendapat dan nasihat dari semua pembaca.
Saya mengenali suami ketika belajar, masa tu dia sudah pun ada girlfriend begitu juga dengan saya. Kami berkawan baik dan dia selalu bercerita mengenai masalah yang dilalui, antaranya berkenaan girlfriend, kawan dan study.
Disebabkan perwatakannya yang friendly, mudah untuk dia bergaul dengan semua orang even baru kenal tak kisah lelaki atau perempuan. Saya punyalah selesa berkawan dengan dia, sampailah terkahwin dengan kawan baik sendiri.. haha
Perkahwinan kami menginjak usia 8 tahun dan baru 2 bulan dikurniakan anak yang ke 3. Semasa awal perkahwinan dia pernah kantoi buat pertama kali mesej dengan perempuan lain, apa yang saya baca mesej tu bukan la ke arah s€x cuma mesej biasa je. Kali kedua kantoi sebab saya check dari WhatsApp web, conversation biasa takde yang pelik².
Fia kenal sebab nak beli barang dan kebetulan org tu dekat dengan tempat kerja dia, dia ajak lunch tp tak jadi. Dia jugak pernah kantoi chat dalam apps. Semua yang kantoi ni lepas dari tu memang takde continues chat dan bukan chat pasal s€x. Yang Omi ni dia da uninstall then dia install balik ye.
Akhirnya saya saya download Omi lepastu letak pic yang cun sikit haa lepastu saya terus add dia jugak biar dia tau saya pun boleh buat, terus dia tak install Omi da. Time yang last uninstall Omi ni saya siap lari rumah bawak anak ya, baru dia takut.
Ada a few kawan perempuan or adik angkat yang saya kenal dia chat tapi bukan selalu just komen wassap status je tapi semua dia akan bercerita dengan saya dan diorang dah berkahwin. Boleh dikatakan masa zaman muda dia memang macam kas4nova sikit. Tapi lepas saya lari rumah tu dia da takde buat hal.
Tak dinafikan dia memang baik, nafkah dan bil² semua dia tak culas bayar, solat, bertanggungjawab, selalu spend masa dengan anak², adab dengan family and saudara mara memang tip top, dia suka bersedekah, cepat kesian dengan orang sampai pernah kena tipu.
Dia dua beradik je jadi dia memang sentiasa mengutamakan mak, ayah da meningg4l. Family besar saya semua suka dan selesa dengan dia. Kat kampung saya semua orang da kenal dia sebab dia ramah dan rajin menolong time kenduri.
Time saya pregnant kerja rumah dia banyak tolong lagi pulak time tu alahan tak boleh bau ayam ikan, jadi dia yang cuci dan simpan barang basah, Alhamdulillah da bersalin pun masih diteruskan. Nak cakap dia banyak masa dekat fon tak jugak sebab dia kerja kadang balik lewat kadang awal.
Kalau tengok tv selalu tertido je. Kalau main phone saya selalu tengok dari belakang, biasa wassap group kereta & kawan kerja tak pun main game. Ni bukan puji tapi ni character dia yang readers kena tau dan nilai.
Suatu hari ni dia balik kerja , saya pula di rumah mak ayah saya. Jarak rumah yang kami duduk dan rumah mak ayah saya dekat je. Dia call cakap lambat datang rumah mak sebab nak tengok bola, betul memang ada game club bola yang dia minat.
Lepas sejam tu tiba tiba dia WhatsApp and call saya dan minta maaf dari hujung rambut sampai hujung kaki, dia cakap dia da salah langkah dan buat silap besar. Time on call dia tak cerita lagi.
Bila dia da sampai rumah mak saya ,kitorang pun bincang dekat bilik. Dia cakap dia kena scam, dia bdo pergi layan padahal tadi kawan dia ada cakap yang nombor tu scammer. Nombor tu nombor seberang. Dia ada dua phone satu personal, satu lagi company bagi.
So dia contact dengan scammer ni guna nombor company which is nombor tu sebelum ni ada orang lain pakai. Bila dia da habis cakap dia suruh tengok WhatsApp scammer tu dengan dia. Ya Allah macam nak pec4h jantung ni, istighfar panjang saya.
Lepas dia da pancing borak kat wassap, dia mintak nama facebook. Then scammer tu pujuk untuk phone s€x yang si suami pun apa lagi sama naik. Perempuan tu memang siap bukak baju ye dan lagi menyedihkan bila suami sendiri pun tunjukkan kem4luan dia dan pegang kem4luan dia.
Ya Allah luluh hati ni..tak tau nak cakap apa..time ni suami memang mintak maaf siap menangis, dia cakap dia malu dengan saya dan saya just boleh menangis dengan istighfar je..saya tak tau la dia cerita kat saya sebab betul betul dia nak jujur dengan saya atau dia takut saya tau dari scammer tu.
Ok macam mana saya tau apa diorang buat, lepas da sedap video call scammer tu hantar video which is video tu dia da screen record masa tengah sedap tadi. Kat video memang nampak muka suami, conversation dan apa dia buat tapi muka perempuan tu dia da cover siap siap just nampak sikit hujung hujung je.
Then perempuan ni mintak RM3000 kalau tak dia nk viralkan video suami saya dekat friendlist fb. Dia stalk fb saya jugak, dia cakap nak bagi tau isteri kalau tak bagi duit. Time ni si suami da terduduk. Suami terus block fb scammer tu and deactivate fb dia.Saya ada cari dekat fb and google pasal s£x scam ni.
Rupanye ramai yang da terkena dari single sampai la ke bapak orang. Ada yang sampai bercerai.Ada jugak yang da habis puluh ribu bayar dekat scammer ni, ada jugak tak bayar sebab tau akan mintak lagi, ada yang buat report tapi sebab scammer dari luar jadi diorang tak boleh buat apa.
Dah berhari hari saya nangis je, kalau teringat auto nangis. Saya tak boleh nak tengok muka dia, rasa jjik rasa g€li. Jadi sekarang saya tak tau nak buat apa. Hati saya sedih sangat. Bila saya balik rumah kami, saya terus nangis bila nampak karpet, sofa, tv macam terbayang je kat mata ni apa yang dia buat tu, kat mana dia buat.
Dia cuba tukar karpet rumah, ubah kedudukan perabot sebab tak nak saya ingat atau terbayang semua tu tapi entahlah saya tetap tak boleh lupa. Lepas jadi tu saya bercakap bila perlu je dengan dia.
Saya ada tanya dia kalau dia dekat tempat saya dia akan ceraikan saya tak. Dia cakap tak sebab pikirkan saya dan anak anak tapi yela kan sekarang bukan salah saya bolehlah dia cakap macam tu..phuii..
Da seminggu saya bercakap bila perlu walaupun dia try ajak borak tapi saya tak layan. Dia pergi kerja saya tak salam tapi dia tetap paksa and tarik tangan, baju dia saya tak gosok , makan tak ajak, tak join solat jemaah, breakfast saya tak buat air untuk dia. Dia tak marah dan ikutkan je cara saya. Saya nak tengoklah sampai bila kan..
Saya da doa supaya Allah bagi petunjuk untuk saya buat keputusan. Alhamdulillah ada la sikit² yang saya dapat dari post orang..saya doa Allah bagi petunjuk untuk saya tapi saya tak doa mintak Allah jaga aib suami, saya tak doa Allah beri rasa keinsafan dan kesal dekat suami.
Saya cuba doa macam tu, Alhamdulillah hati tu tenang sikit tapi still takkan lupa la apa yang jadi. Hari pertama saya tau tu, saya ada bukak Quran, selak muka surat random surah Al- Ahqaf. Sebelum post luahan ni saya sempat baca maksud surah tu, mungkin Allah nak suruh suami berbalik pada Quran,
dia solat tapi dia jarang sangat ngaji. Masa saya drive saya nampak pelangi, saya berhenti tepi jalan, saya google pasal ayat berkaitan pelangi. Mungkin ke ada pelangi lagi untuk kehidupan yang mendatang?
“Lelaki diuji ketika dia memiliki segalanya” ini ke ujian suami? Saya tertanya tanya Allah datangkan ujian ni untuk duga saya ke, uji rumah tangga saya ke, ujian untuk suami ke atau Allah nak tunjuk siapa suami saya?
Cerai tu jalan terbaik ke dan adil ke untuk anak²? Patut ke saya maafkan dan bagi dia peluang? Kalau saya terus tak layan dia, dia akan bosan dan cari orang lain ke atau dia akan ceraikan saya ke? Patut tak saya ambik video tu dan simpan supaya kalau dia buat hal lagi saya boleh tunjuk dekat mak dia atau mahkamah? Kalau saya teruskan, masih boleh bahagia ke saya?
Maaf post saya panjang..diharapkan readers sudi bagi nasihat dan pandangan..saya tak mintak kecam suami tapi mintak doa supaya dia bertaubat, berubah dan insaf sebab kalau dia bukan suami sy pun dia masih lagi seorang hamba Allah dan ni bahagian dia. Akhir kata terima kasih semua yang sudi baca dan terima kasih untuk semua yang bagi pendapat dan nasihat.