Dipendekkan cerita sepanjang berjauhan dengan suami saya diuji dengan bermacam perasaan sehinggakan saya memilih curang

Salam. Mohon hidekn profil sy. Saya ingin menceritakan sedikit kisah saya untuk dijadikan pengajaran buat kita semua. Pada tahun disember 2017, saya baru bercerai atas masalah rumah tangga yang tidak dapat kami selamatkan.

Setelah bercerai, saya berkenalan dengan seorang lelaki, nama diberi ali bukan nama sebenar. Badan agak sado, perwatakannya sifatnya agak soft, lembut percakapannya.

Saya berkenalan dengan dia melalui media social. Saya jatuh hati dengan sikapnya yang caring, baik, lemah lembut. Ali menetap dan bekerja di sabah, datang ke semenanjung atas lain-lain urusan.

Setelah sebulan mengenali dia, baru saya tahu dia rupanya suami orang. Hancur dan sakit hati saya masa tu. Padahal, saya pernah bertanya pada dia sama ada dah kawin atau belum, jawapannya belum.

Saya rasa sungguh tertipu. Saya buat keputusan untuk move on. Tapi sebaliknya, ali datang merayu-rayu pada saya yang dia benar-benar sayangkan saya, cintakan saya.

Dia bersungguh-sungguh untuk jadikan saya sebagai isteri kedua sampai akhirnya Saya tewas dengan pujuk rayunya. Saya teruskan hubungan dengan dia.

Sepanjang kami menjalinkan hubungan, terlalu banyak saya sakitkan hati dia, mempermainkan perasaannya sehinggalah kami bernikah. Begitulah seterusnya. Perasaan sakit hati saya pada dia sukar untuk hilang.

Lepas bernikah, ali tinggal bersama saya selama 2 bulan, dan lepas itu dia balik ke sabah. Dipendekkan cerita sepanjang berjauhan dengan suami saya diuji dengan bermacam perasaan sehinggakan saya memilih curang di belakang suami saya gara-gara dia tidak memberi perhatian pada saya.

Walaupun saya curang, tapi saya tetap ingat akan dia. Sehinggalah saya sedar yang apa yang saya buat itu adalah salah dan berdosa. Hubungan saya dan ali makin lama makin renggang. Saya dan dia jarang berhubung.

Tiba2 Ali datang ke semenanjung secara tiba-tiba tanpa memberitahu saya. Hanya untuk membuat kejutan pada saya. Tapi sikit pon saya tidak terkejut dia datang berjumpa saya.

Pada malam dia sampai ke rumah, kami bergaduh besar. Saya teruk dibelas4h oleh dia sampai lebam-lebam. Saya membiarkan dia memukvl saya tanpa saya balas apa-apa. Saya hanya mendiamkan diri.

Kerana saya tahu saya yang bersalah. Saya mengaku semua perbuatan curang saya. Saya taknak simpan apa-apa. Kerana hati ini lebih sakit dari sakit dipukul. Lepas dari peristiwa itu, saya ingat ali akan melepaskan saya, ternyata tidak.

Dia sangat menyayangi saya dan inginkan saya berubah. Lepas dari itu, saya tekad untuk berubah. Berubah untuk diri sendiri dan masa depan saya sendiri.

Masalahnya sekarang, hubungan kami kantoi oleh isteri pertama. Dan isteri pertama suruh suami menceraikan saya, tapi suami lebih memilih isteri pertama.

Katanya akan lebihkan isteri pertama dari segala benda, dari segi nafkah zahir batin, masa, dan segala galanya. Tapi saya? Suami taknak ceraikan saya dan saya masih sayangkan dia. Apa perlu saya buat? Kat mana tempat nak tuntut hak saya sebagai isteri sah?

1 thought on “Dipendekkan cerita sepanjang berjauhan dengan suami saya diuji dengan bermacam perasaan sehinggakan saya memilih curang”

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top