Salam Saya seorang suami, apa yang Saya nak katakan di sini Saya sakit hati dengan isteri. Dulu password tel dia Saya tau tapi sekaranng dia dah tukar dan tak nak Saya tau, isteri Saya banyak habiskan masa dengan tel dia dari dengan Saya.
Setiap kali wasap masuk dia tak nak Saya baca dan tau apa yang dia wasap dan wasap masuk, bila ada talian tel masuk dia akan sorok2 tak nak bagi Saya dengar dan melarikan diri serta dia selalu minta privasi tak nak di ganggu.
Bila Saya intai apa wasap masuk dan apa dia tetak dia akan alihkan tel dari padangan mata Saya, Saya betul2 kecewa.
Saya bukan nak mengungkit kisah silam dia kerana Saya tak kisah sape dia sebelum kawin dengan saya dan semasa saya dapat dia pun dah sisa orang tapi tetap Saya terima, Saya harap lepas kawin dia sepenuhnya dengan Saya, selepas Saya kawin dengan dia,
Dia pernah kantoi dengan Saya iaitu Gambar b*gel dia pernah hantar kat seseorang Gambar b*gel dia sebelum kawin dengan Saya – dia delete tapi secara tak sengaja Saya terbuka system yang dia pernah delete Saya tanya dia macam2 alasan dia bagi dan dia cakap jangan tanya.
permulaan Saya kenal dia melalui tel mungkin salah nombor masa tu. Dari situ kami rapat. Dipendekkan cerita pertama kali kami jumpa kami terlanjur sehingga dia mengandung tapi Saya bertangungjawab apa Saya dah buat Saya tak nak dia gugvrkan kandungan, jika lelaki lain Saya rasa dah tinggal kan dia tapi Saya betul2 ikhlas menerima dia seadanya.
Saya bukan nak mengungkit kisah dia, Saya harap dia tumpukan perhatian pada Saya. Saya ada juga perasan cemburu dan Saya ada juga Ingin bermanja dengan isteri Saya bukan dengan orang lain, tu pun susah dia kata rimas.
Sampi bila Saya nak begini? Apa perlu saya buat? Orang tua2 pernah kata sebelum Saya kawin, perempuan jika dia dah biasa dengan lelaki jika dah kawin tak dapat lelaki lain dapat bau pun jadi lah.
Saya minta padangan saudara2 dan saudari sini. Saya tak nak bercerai dengan isteri Saya kerana Saya Benar2 sayangkan isteri Saya, Saya harap isteri Saya berubah