assalamualaikum KRT. Aku berkahwin kerana mengandung luar nikah. Selepas berkahwin aku dengan suami taubat sebenar² taubat. Kami hidup bahagia, ada laa pergaduhan kecil dalam rumah tangga. Solat 5waktu alhamdulillah. Kami menangis ketika mengenangkan dosa lama. Kami tahu kami jauh dengan Allah dulu sampai sanggup terjerumus dalam zina. Harini perkahwinan aku diuji dengan hebat. Suami memberi aku 2 gambar yang iras dengan bentuk badan aku dalam keadaan berbo gel tapi aku yakin itu bukan aku kerana aku tak pernah bersama dengan lelaki lain.
Suami bertanya tentang gambar itu. Cara dia cukup membuktikan yang dia percaya itu adalah aku. Hati aku hancur sehancurnya apabila suami seperti menuduh aku , aku lah pelaku di dalam gambar itu. Aku menangis. Aku kecewa. Habis semua barang aku campak. Aku seperti hilang akal sehingga anak yang berumur 9bulan menangis ketakutan. Kami bergaduh dalam whatsapp. Aku meminta diceraikan. Tetapi suami aku hanya membalas ‘berapa org lelaki yang pernah awak berzi na dari tahun 2015 hingga 27May2020’. Kami berkahwin sudah setahun, seperti dia menuduh aku pernah berzi na walaupun sudah halal menjadi isterinya. Allah , hanya Dia yang tahu bertapa hancurnya hati aku sekarang.
Sekejap lagi suami aku akan pulang , hati aku berdebar kuat seperti akan terjadi sesuatu yang tak elok. Aku bersumpah , sekiranya bukan diri aku yang diperkatakan , dirinya akan susah sehingga ma ti. Walaupun aku kata ingin bercerai , tetapi sebenarnya aku takut ingin menjadi janda , aku takut melukakan hati ibu bapaku yang pernah menangis kerana kesalahan aku. Mohon doa kalian untuk aku diberi kekuatan apa yang akan aku lalui sebentar lagi. Mohon jua pendapat kalian apa y perlu aku lakukan. Aku rasa terhina , aku rasa seperti seorang yang jijik dari mata suami aku.