Salam admin. Tolong hide profil saya.. Saya cuma nk meluah. Saya ada seorang anak,dan suami saya curang bersama dengan janda yang takde anak. itu yang saya tahu. kalau ada perempuan lain lagi selain janda ni saya tak pasti, tapi saya tahu juga suami ada cari perempuan di pup sebab terpengaruh dengan kawan2 yang curang dengan isteri masing-masing dan layan perempuan di pup. Dengan janda ni pun. Sampai atas ktil dah. dirumah kami sendri pulak tu. Dalam kereta dan tempat2 diorang pergi bercuti diam2. saya tahu pun daripada fon suami..
kami tinggal jauh sebab urusan kerja. jadi dia gunakan peluang tu untuk bersma prmpuan tu. janda ni kaya, selalu hadiahkn suami dengan barang2 mahal dan suami pun bagi barang mahal pada dia sedangkan saya macam pengemis je. barang2 tu. ada yang saya buang diam2. Ada yang saya buang bila suami tanya, saya ckap dah buang.. dan suami tak marahkan saya. mungkin dia rasa bersalah pada saya.
lepas saya tahu, saya bagi peluang pada dia. Tapi dia dan perempuan tu pndai sorok tapi tak lama, saya dapat rasa juga masih ada hubngan antara mereka. Saya rasa tercabar bila dia bawak prmpuan yang haram tu untuk puaskan nafsu. kini, anak pertama saya serahkan pada suami untuk dijaga. segala keperluan dapur atau anak saya tak tolong dah. Saya biar dia uruskan. kalau dulu saya akan rasa bersalah dan saya hulur dulu duit pada dia nak beli barang dapur k. makan k. untuk anak k. kini tak.
Saya keraskan hati saya untuk tidak bntu dia bab kewangan.. sebab dengan janda tu dia boleh pulak berhabis duit…. bila dengan saya dan anak.. tiba2 takde duit…
Saya buat begitu dengan harapan dia berubah dan rasa tanggungjawab nak bercerai anak kami masih kecik lagi. Saya sekarang cuma berdiam diru dan doa sahaja moga suami kembali pada Saya. Saya cuba cari kebahagiaan diri saya yang dah lama saya tinggalkan sebab saya utamakan dia. hingga diri saya nmpak tak ade seri.
kini, saya cuba cantikkan diri. cantikkan emosi. biarpun kalau sudah tak ade jodoh, diri saya dalm keadaan bersedia. Saya belajar sayangi diri. Buat masa sekarang Saya cuba bagi dia masa untuk brubah. Tapi kalau keterlaluan sangat. dia msih tak berubah. Saya akan tuntut cerai dan juga ank Saya. jika itu takdir saya akhirnya.
Apa betul kah tindakan saya itu….