Assalamualaikum. Admin tolong hide profile saya. Saya seorang wanita berumur 27 tahun. Perkahwinan saya baru masuk 2 tahun dan masih lagi belum dikurniakan cahaya mata. Kami dua-dua berkerjaya. Suami saya setakat ni takde masalah alhamdulillah. Yang menjadi masalah adalah ibu mertua saya. Sejak dua menjak ni dia macam tak nak layan saya. Sebelum nie okay jer layanan dia terhadap saya tiap-tiap kali saya balik kampung. Tapi sekarang dia layan saya macam saya ni musuh dia.
Saya ada meluahkan tentang hal nie kepada suami tapi suami cakap mungkin perasaan saya je kot. Tapi memang ketara perbezaan layanannya kepada saya dan anak menantu yang lain.
Dan hari tu saya ada bertanya dengan kakak ipar saya ttg perubahan sikap mertua. Kakak ipar cakap lagi mak mertua marah dengan saya dan cakap yang saya pentingkan diri dan kerjaya sebab merancang untuk ada anak sedangkan suami saya tu jenis yang sukakan budak2.
Demi allah saya dan suami tak pernah merancang dalam hal-hal zuriat. Sape yang tak nak anak? Nak buat macam mane. Takde rezeki kami lagi. Kak ipar saya cakap siap dia nak carikan calon isteri lain untuk suami jika saya still nak pentingkan kerjaya saya daripada rumah tangga. Habis tu takkan saya nak berhenti kerja? Selama nie pn walau sesibuk mana pun saya, saya tak pernah abaikan rumah tangga saya. Suami pun tak pernah mengeluh mengenai hal ni.
Saya faham yang mak dia sayangkan suami tapi fahamilah keadaan saya juga. Saya tak bagitahu husband pun pasal hal nie sebab saya tak nak merungsingkan dia dengan masalah saya dan mak nye. Saya dah tak tahu nak cerita kat mane. Saya tak berani nak cerita kat ibu saya. Saya rungsing dengan hal ni sampai mengganggu fokus terhadap kerja. Btwb terima kasih admin sebab sudi siarkan luahan saya.