Kisahnya akhir2 ini saya mulai perasan perubahan pada sikap isteri saya sejak dia mengenali app tiktok dia mulai berubah

hai admin. Saya nak minta pendapat dari followers page ni. Tolong hide nama ye. Ceritanya macam ni, saya telah berkahwin dan mempunyai 2 org anak, kehidupan kami suami isteri sederhana, saya berkerja sebagai mekanik dan isteri saya berkerja sebagai kerani di sebuah sekolah.

Hidup kami bahagia, hubungan sangat baik walaupun kadang2 ada bertekak sikit tapi semua berakhir dgn cepat dan saling bermaafan.

Kisahnya akhir2 ini saya mulai perasan perubahan pada sikap isteri saya sejak dia mengenali app tiktok dia mulai berubah.

Balik dari kerja dia tidak lagi dahulukan melayan anak2 kami tapi dia sentiasa dengan hpnya dan dia tidak duduk dekat dengan kami, dia duduk berjauhan dan kadang2 tersenyum lebar sambil jari laju seperti sedang berbalas chat.

pada mulanya saya tidak begitu ambil kisah dan menganggap itu adalah caranya menghilangkan stress dan penat dari kerja tapi lama kelamaan, sikapnya semakin lain, hp sentiasa bersamanya walaupun di rumah,

ketika dia mandi atau memasak, dia akan sembunyikan hpnya, kadang2 dia akan m4tikan hpnya kalau dia sedang cas dan saya dekat dengan hpnya. saya semakin curiga dan dalam masa yang sama, saya risau apa yang bermain difikiran saya menjadi kenyataan.

satu hari, dia terlupa hpnya ketika dia tidur, saya beranikan diri untuk membuka hpnya, tapi saya tidak berjaya kerana semua apps seperti whatsapp, tiktok dan fb, semua dia letakkan password.

beberapa hari berlalu, saya mencipta akaun tiktok dan facebook untuk mengikuti perkembangannya, saya melihat tiktoknya semua hanya konten biasa tetapi saya perasan konten itu sepertinya ditujukan pada seseorang,

begitu juga dengan story di Facebooknya. saya kekal berdiam diri kerana saya mahu menjaga rumahtangga ini. tapi beberapa hari yang lalu, ketika dia keluar shopping, dia terlupa hpnya.

Saya beranikan diri untuk buka hpnya, saya meminta bantuan seorg kawan untuk bypass lock pada apps2 di hp isteri saya. saya membuka whatsapp tapi tidak menjumpai apa2 chat yang mencurigakan,

dan ketika saya membuka fbnya, saya terbaca chat dia dan seorang lelaki, chat pada mulanya biasa saja tapi lama kelamaan semakin mesra dan mula ada sesi meluah dan juga sesi bertukar no hp. hati saya perlahan lahan merasa sakit dan ingin menangis.

saya tutup semua apps isteri saya dan meletakkannya kembali ke tempat asal. saya tidak sanggup membaca kesemua chat mereka. Tiba2 isteri saya sampai dan bergegas masuk mencari hpnya dalam keadaan risau tapi saya mencuba berlakon seolah tiada apa2 berlaku.

sejak dari itu, sikap isteri saya kembali berubah,kali ini dia sangat mesra dgn saya dan anak2,dia melayan saya dengan sangat baik, manja lebih dari sebelumnya.

mula2 saya senang dengan perubahan ini, tetapi dia tetap akan sentiasa bersama dengan hpnya. saya berjaya mendapatkan lagi hpnya. saya terus membuka messenger namun chat yang dulu telah dipadam.

saya membuka whatsappnya namun tidak menjumpai apa2 chat yang mencurigakan, tapi ketika saya membuka call history di whatsapp, saya melihat satu nombor yang tidak bernama,

dan hampir setiap hari mereka berbalas call tapi saya tetap tidak ingin berprasangka buruk sehingga la beberapa minggu lalu, dia sering memberi alasan lewat sampai rumah kerana urusan kerja. hampir setiap hari dia balik lewat.

saya semakin curiga dan akhirnya saya membuat keputusan untuk pergi ke tempat kerja isteri saya dgn bantuan kawan sambil membawa kedua anak saya yang masih berumur 2 dan 4 tahun, saya tunggu sehingga isteri saya habis kerja,

saya melihat isteri saya keluar dari pintu ofisnya tapi dia tidak terus ke parking kereta, dia seperti menunggu seseorang, tidak lama kemudian datang satu kereta dan isteri saya masuk ke dalam kereta tersebut,

kami mengekori kereta itu sampai di depan sebuah hotel mewah, ketika mereka masuk ke parking lot, saya cuba call isteri saya, dia sambut dan beritahu saya supaya tidak call kerana dia masih di ofis dan sedang mesyuarat.

hati saya sangat patah, remuk dan sakit yang teramat sangat. saya tidak mengikuti mereka ke dalam hotel, saya terus pulang ke rumah.

ketika isteri saya sampai rumah, seperti biasa dia bersikap sangat mesra dan penyayang seperti tiada apa yang berlaku. saya menahan marah dan sakit hati saya sekuat kuatnya.

malam itu dan malam seterusnya dia berkali kali cuba membawa saya untuk berhubungan namun saya menolak dgn alasan penat dan tidak sihat tetapi dia sering kali memaksa saya untuk bersama sampai lah satu masa tu saya tidak dapat menolak dan terpaksa melayani permintaannya,

tetapi saya cuba mengujinya untuk saya “buang d4lam”. selama ini,dia akan menolak kalau saya ingin “bu4ng dalam”, tapi kali ini dia seakan akan tidak kisah apabila saya berpura pura untuk “bu4ng dalam”.

ketika hampir untuk keluar saya tarik dan tidak “bu4ng dalam”..dia terkejut dan cuba menarik saya semula untuk memasukan kembali tetapi saya laju2 lap dan bergegas ke bilik air untuk mandi, malam seterusnya dia cuba mengajak kembali namun saya menolak seker4s ker4snya,

saya melihat riak muka dia dari hari ke hari semakin kelihatan risau dan tidak lagi seperti kebiasaan sampai ke hari ini. sekarang saya berdebar Debar menunggu keputusan sama ada isteri saya hamil atau tidak,

kerana beberapa hari inj saya melihat simptom2 padanya sama seperti ketika dia mengandung anak pertama dan kedua kami. apakah yang saya perlu lakukan jika isteri saya hamil dan bukan milik saya?. saya sayang rumahtangga ini,

saya kasihan anak2 saya tapi pada masa yang sama saya tidak dapat menerima perlakuan isteri saya, saya jijik, marah, benci, patah hati dan sakit hati sangat. bantu saya.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top