Masalahnya kesilapan aku mula disatu hari min saat anak aku makin membesar walaupun aku ada dirumah

Hai admin semua. Ni aku pinjam fb anak buah aku sekejap dari guna fb aku. aku nak luahkan sikit cerita kot boleh sedarkan para suami diluar sana sama seperti aku lalui.

Ok! Masa baru kawin hidup aku dengan isteri baik, bahagia. Isteri seorang yg ceria dan mudah terhibur walau aku buat lawak b0d0 saja kadang2. Aku lepas kawin jarang keluar lepek bersama kawan2 lain, senang cerita member2 akan bahan kau ni (takut bini) (kena control bini) .

Sejujurnya min.. bini aku ni tak pernah control aku, cuma aku saja tak nak keluar lepak sana sini. Baik ada saja depan mata bini dan tengok2 anak.
Yealah bini full suri rumah jaga anak kecik walau seorang.

Masalahnya kesilapan aku mula disatu hari min saat anak aku makin membesar walaupun aku ada dirumah.. sentiasa ada depan mata bini aku tiap hari, aku lupa min. aku lupa yg aku telah kecewakan bini aku tiap kali aku buat.

Bila kat belakang bini aku, aku layan website gambar2 b0g£l perempuan lain, aku tengok gambar2 perempuan lain 2. Dalam diam aku lukakan hatinya tanpa dia sedar, bila depan bini aku.. aku tetap buat dia ketawa.. dan dia masih ketawa ceria walau kadang keluh letih jaga anak..

Pada satu hari tu. Aku prasan yg bini aku lain, macam tak ceria. Senyum ketawa pun jarang dah. Endah tak endah.. bila aku tanya dia, dia kata dia ok, cuma penat tak tau kenapa. Hati selalu rasa tak sedap.. rasa tak kena. Tapi aku diamkan saja.

buat macam biasa. Satu hari lepastu Allah tiba2 dia mengamok nagis kat aku min dia check phone aku dalam diam. Aku kantoi benda2 aku tengok. Dia jadi sedih dan lain. Hati dia tak ceria seperti selalu yg aku kenal dia.

Sampai dia kata kalau betul awak macam ini, Allah akan balas, tak cukup ke ada bini dan apa kurangnya..(Aku terdiam dan mampu diam) bagi aku lumrah lah lelaki tengok2 saja benda2 sedap tapi tak niat lain. tapi kini aku menyesal selama aku layan gambar b0g£l orang lain, bini aku kini berubah..

dia tak ceria dgn aku meski rumahtangga kami masih bersama. Kuatnya dia min.
Sampai satu saat Allah balas atas perbuatan aku kot min doa bini aku terjawab masa tu aku kem4l4ngan masa balik office naik moto patah kaki dan Aku dah tak tahu nak buat apa.

Sebelah lagi masih nampak, cuma tidak jelas. Allah ini ke balasan atas aku yg tidak bersyukur pada seorang isteri yg aku nikahi.. sampai bergini…Tapi kini bini akulah yg sentiasa ada menjaga aku.. walau tiap malam dia menangis kata dia cintakan aku sampai bila2.

sebab itu dia kecewa bila aku layan website perempuan b0g£l2 ni. Aku terus gugur jantung sebab Allah masih beri kesempatan hidup bersama isteri dan anak..

Buat isteri ku kalau kamu baca cerita ini seakan akan kisah kamu.. abang nak minta ampun maaf kepada kamu mesti berulang kali perlu abang minta maaf. Maafkan abang kerana lalai.. kerana tidak bersyukur dikurniakan isteri seperti kamu..

kerana abang sedar kamu tiada kurangnya. Cukup sempurna. Maaf min terpanjang. Sebab bini aku asik menangis je bila tidur. Aku buntu.. akulah suami yang membuah khilaf walau hanya kecil atau besar. Hargailah isteri kita wlaau apa kekurangannya.

Bukan kurang apa pada isteri kita.. tapi kita yg anggap dia ada kekurangan. Sepatutnya kita yg menjaga dan lindungi dia. Sayang dan sentiasa manjakan dia.. bukannya cari yg lain .

Ermm lagi satu klau Allah nk bls perbuatan kita sekejap je Allah byar cash… Sebab dah terbiasa mungkin kerana tu kita anggap hal tu normal..dah dapat yg halal lagi nak sibuk tengok benda h4r4m.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *