Kisahnya Akhir2 ni saya perasan saya murah rezeki tapi masalahnya saya tak pernah belikan apa2 kat isteri saya

Salam admin. minta siarkan cerita saya ni, saya tahu wife saya layan KRT. sebelum saya cerita, nak sangat saya bagitahu suami di luar sana, janganlah berkira dengan isteri,

dan lagi satu, bagus kita utamakan mak bapak tapi kena ingat bahagian isteri kena lebihkan. bukannya letak isteri paras no 2, sebelum selepas mak bapak.

kisahnya macam ni, aku memang jenis utamakan keluarga aku. bukan makbapak je tapi adik bradik, spupu, sedara mara, barulah isteri aku. isteri aku tak pernah merungut sebelum ni.

Tapi mungkin sikap aku keterlaluan,satu2 dia tegur aku, biasa dia tegur melalui mesej atau wassap. aku baca, tapi aku tak pernah nak bincang pasal ni.

Isteri aku bekerja, kadang2 balik petang, ada balik malam. Alhamdulillah allah kurniakan aku isteri yang rajin, balik kerja dia kemas rumah, layan putera puteri kami walaupun tengah sarat mengandung.

Siapkan makanan, dia memang terbaik bab urus rumahtangga. silapnya dari saya, saya suka marah2 dia, cakap tak jaga hati dia, saya gagal menjadi seorg yang baik.

Kisahnya Akhir2 ni saya perasan saya murah rezeki tapi masalahnya saya tak pernah belikan apa2 kat isteri saya pakai semua dia tanggung sendri dan bila ada duit lebih saya hulurkan kepada adik bradik saya.

persiapan bersalin pun banyak dia keluarkan duit sendiri. minggu lepas dia ajak saya balik kg, mak sedara dia tenat. Awal2 dia bagitahu saya dia tak ade duit.

entah knapa saya jadi berkira sangat dengan dia, saya cakap mak sedara je pun, tak payah balik pun tak ape. Dia diam.Malam tu saya sedar dia menangis tapi saya endahkan.

walau macam tu dia tetap sedia makan minum saya semua dengan baik. bulan ni bulan kelahiran dia. saya hadiahkan dia barang kemas, malam tu juga dia senyum, ucap trima kasih tapi apa yang paling mngejutkan dia cakap dia tak sanggup hidup dalam kebohongan, hati dia tak kuat.

dia banyak makan hati. Tak sanggup saya nak cerita kat sini, yang pasti banyak yang saya kesali akan perbuatan saya.kenapa saya tak sedar dari awal, banyak yang dia makan hati. Lagi terkesan bila

dia cakap dia sentiasa maafkan saya, walaupun saya selalu tengking, marah2, dia selalu doakan allah murahkan rezeki saya dan lancarkan urusan saya setiap hari.

isteri dah bawa anak2 pulang ke kampung pagi tadi untuk tenangkan fikiran. saya harap dia berubah hati dan maafkan saya. terima kasih admin..

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top