salam admin. harap hidekan profile saya. saya nak luahkan ape yang terpendam dilubuk hati paling dalam. rasa terkilan. terkilan yang teramat. orang selalu kata isteri kedua perampas suami orang dan layak dim4ki hamun dicaci dan ditimpa b4l4.
tapi saya harap selepas ape yang ingin saya coretkan ada yang terbuka mata. menilai sejauh mana tahap kejahatan perampas suami orang ni..
sebelum bernikah, suami beritahu dia nak isteri yang boleh jaga makan minum dia. sakit dia susah senang degan dia..
kalau ikutkan saya isteri keempat. tapi disebabkan isteri kedua dan isteri ke 3 dah diceraikan.
jadi tinggal yang pertama dengan saya. masa dengan isteri kedua suami hidup senang sebab suami seorang kontraktor yang berjaya. kehidupan suami mewah. dan bila suami dpt tau isteri kedua curang suami bagi peluang.
suami jumpa isteri ketiga. dan isteri ketiga bagi syarat nak nikah kena ceraikan isteri kedua sebab tak nak bermadu. disebabkan masa yang sama isteri kedua minta cerai.
dan kerjaya suami mulai merundum kerana semua aset diletakkan atas nama isteri kedua. bercerai sehelai sepinggang. masa mula2 kenal dan tengok keadaan suami yang mewah dia layan suami baik sopan santun.
Isteri ketiga hidup susah degan suami. hidup susah sampai terpaksa menumpang rumah kakak kandung suami.
Sejak dari situ isteri ketiga selalu menyumpah m@ki hamun suami. Dan dia juga diceraikan. Tinggal lah isteri pertama. isteri pertama nie bersalin anak pertama dan anak kedua dirumah kakak suami. jadi mereka rapat.
Sampai lah suami pindah ke negeri di pantai timur. gara2 isteri pertaka ugvt nak cerai sebab hidup susah dan nak balik duduk dengan mak ayah dia. suami pon ikut. disana ada pasang surut bab kerja. suami amik keputusan nak pindah ke kl.
Tapi isteri pertama nie tak nak. Suami pon pergi lah ke kl. tidur merempat ditepi jalan. sementara cari kerja. alhamdulillah ada hamba Allah yang baik hati. Suami mula kerja dan ada tempat tinggal.
Lepas 2 tahun di kl suami dan saya bertemu. suami bagi tau dia nak memperisterikan saya. dia jujur kata dia suami orang saya berfikir banyak kali untuk terima dia. nampak kesungguhan dia. Jumpa mak dan pakcik2 dikampung sb saya takde ayah dah.
dah meningg4l. pakcik2 tak tau dia suami orang sebab mak tak nak saya dikata. jadi kami bernikah. lepas beberapa bulan saya mengandung dan madu saya mengandung. Madu saya letak syarat kalau dia mengandung anak lelaki suami kena duduk dengan dia balik.
Tapi suami diam sebab disana takde kerja. Suami dah mula naik dalam kerjaya dia. tanpa madu tau saya dan suami sama2 uruskan syarikat kami yang kecik nie. sampai lah masa bersalin saya lahirkan anak perempuan dan madu anak laki. beza anak kami 7 hari.
dia tuntut syarat dia. suami tak layan. Dia dapat tau suami ada wife lain. dan dia ser4ng saya kata saya goda suami sebab harta suami.
Sedangkan dia tak tau saya yang bersusah payah dengan suami usahakan semuanya sekarang. Sampai saya sanggup tinggalkan kerjaya dan cita2 saya untuk tolong suami.
Bukan hanya tu tapi barang kemas berhabis bergadai untuk mulakan semuanya dulu. madu letak syarat tak ape dah nikah dia nak satu set barang kemas. kereta yang sama macam ex isteri kedua dulu guna.
kereta perdana v6. suami tunaikan. dan saya tebalkan muka minta maaf sebab jadi isteri muda tanpa restu dia. Dia kata dia nikah dengan suami dulu ingat boleh hidup senang dan sekarang nak merasa hidup senang ada pulak penggoda nak kikis harta suami.
Demi Allah saya kawin dengan suami niat nak jaga dia. Tak pernah nak kikis sikit pon harta suami. Satu yang paling terasa dengan sikap madu pandai berlakon bercerita dekat orang kalau suami saya abaikan dia dengan anak2 sebab dah ada isteri muda.
sedangkan suami tak pernah abaikan nafkah. bukan setiap minggu bab duit. setiap dua tiga hari duit akan ditransfer. sampai kan ke kakak kandung suami dia burukkan saya. dia kata suami balik semata2 nak puaskan n4fsu dia.
Dia boleh whatsaap saya suruh layan n4fsu suami tua saya tu sebab dia tak nak bagi dia nak duit nak emas je. sampai tahap tu pon dia cerita kat orang. Sejak nikah sampai lah anak saya dah dua.
kakak ipar saya tak penah bertegur dengan saya tak penah sentuh anak2 saya disebabkan fitnah dan lakonan madu saya. bukan setakat kakak ipar dia r4cun tapi semuanya.
Termasuk jiran dia. bila saya singgah sementara nak amik anak2 dia balik kampung mak mertua. orang sekeliling akan pandang macam saya nie manusia paling jijik. Allah je tau hati saya. menangis tu memang dah wajib tiap kali balik amik anak2 tiri.
madu saya 14 tahun nikah dengan suami sekali je balik umah mak mertua. alasan dia tak suka keluarga mertua. Masa kali pertama nak balik madu pernah cuba r4cun saya kata mak mertua itu dan ini.
tapi saya jenis nak bukti disetiap kata2. Saya balik ikut suami. Alhamdulillah. syukur mak mertua baik sangat adik beradik semua baik cuma kakak ipar sorang tu je.
Tiap kali balik saya makan hati dengan sikap dia. anak2 saya bila pergi dekat dia. dia tak layan. Seolah2 anak2 saya tak ujud. admin. saya nak minta pendapat.
macam mana lagi nak cari kekuatan nak menghadapi hari2 mendatang. dengan fitnah dengan perlian dan tuduhan tak berasas madu saya? mungkin lepas nie banyak komen yang akan kata saya ni gatal nak suami orang. perampas. b0d0 dan lain2.
saya dah lali. sebab Allah tau niat saya. saya jalanakan tanggungjawab saya sebaiknya. mengalah selagi boleh mengalah. menangis tanpa siapa pon tau ape yang saya pendam. Terima kasih admin..
Hello there, just became alert to your blog through Google,
and found that it’s truly informative. I’m going to watch out for brussels.
I’ll appreciate if you continue this in future.
Numerous people will be benefited from your writing.
Cheers!
I like this web blog it’s a master piece!
Glad I detected this on google.?
Steve Baker, do you mean Frankincense is as good as Cannabis cost of cytotec for sale Megan, USA 2022 05 04 17 56 44