Kisahnya aku surirumah nak keje jangan haraplah laki bagi sebab cemburu but4 sampaikan nak berniaga cendol ke kuih ke nasik lemak ke jgn mimpi laki nak bagi

salam min tolong siarkan kisah aku ni.. Kat sini ada ke senasib macam aku ni?
Kisahnya aku surirumah nak keje jangan haraplah laki bagi sebab cemburu but4 sampaikan nak berniaga cendol ke kuih ke nasik lemak ke jgn mimpi laki nak bagi, setakat buat online business kecik2 je.

laki aku penjawat awam, kawin dh 11 tahun, anak dah 3 besar2 dah.. Laki aku ni pelik sikit perangai, org lain keje 2 3 tahun dah boleh beli rumah..kiranya nampak la jugak gaji tu habis ke benda yg sepatutnya..

tapi laki aku ni sebelum kawin dgn aku dulu pun loan peribadi dia dh belambak2.. (aku tak tahu bodo jugak aku ni x tanya dulu) dari mula kawin sampai sekarang menyewa jelah kami ni.. hidup tak senang juga duk bayar loan dia je.. bila aku sembang bab beli rumah mesti dia nak marah2 mesti akan jadi perbalahan.

Dia lebih suka menyewa sampai m4ti takde rumah yg terjamin untuk kami anak beranak. aku pun tak tahu otak laki aku ni jenis tak mahu langsung fikir ke arah masa depan yg terjamin. aku je duk atur dia itu ini kalau tak lagi teruk dia ni. Bosan dah aku ni hidup macam ni macam tak terjamin je.

loan dia tu nak habis pun masa dia nak pencen nanti..aku pun rasa macam dah fed up nak tunggu, kadang mari otak jahat ni rasa macam nak blah je angkat kaki bina hidup sendiri rancang masa depan sendiri dgn anak anak.

Kadang tu macam terfikir andai suami m4ti umo tak panjang ke tak pe lah jugak tak la sakit hati sangat aku boleh balik rumah mak aku kt kg. ni nak tunggu dia beli rumah ada kehidupan macam org lain ntah laa bile..

sebab tu aku kadang terfikir macam nak bercerai je, nak keja tak bagi, tapi diri sendiri sengkek jugak bulan2 asyik aku dgn keluarga aku je banyak tolong topup bulan2..dia tak malu pulak tu. Aku pun dah bosan hidup macam ni.. jangan cakap aku tak boleh hidup susah, dah 11 tahun aku susah senang. tapi tak jugak berubah.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top