Masalahnya setiap kali anak menangis dia akan salahkan saya cakap saya memang tak reti nak pujuk anak.

Salam warga krt. Ni 1st time saya nak buat luahan. Harap dpt beri pandangan bukan kecaman. Saya ibu kpd 2 anak dan skrg tgh hamil anak ke 3. Masalah saya kat sini adalah sikap suami saya yang saya taktau nak buat camne untuk bg dia berubah.

Dia bukan kaki pukvl bukan kaki perempuan bukan kali game dan bukan jgk kaki lepak dengan kwn2. Cuma masalah kat sini dia kaki bebel suka ckp yang menyakitkan hati saya.

Kadang2 percakapan dia pada saya buat saya rasa looser rasa mcm nak bvnvh diri rasa mcm nak ceder4kan org sekeliling saya. Saya ni isteri yang bekerja dengan niat nak ringanakan beban suami dan beri keselesaan pada anak2.

Tapi suami saya takpernah nak faham keadaan saya. Dia anggap saya ni mcm robot pegi keje pn balik rumah tetap keje saya juga dr A smpai Z. Saya bukan takde langsung buat keje rumah hari2 saya basuh baju hari2 saya siapkan anak2 g sekolah hntar kat pengasuh.

Tapi dlm keadaan saya yangh sarat hamil skrg apa sgt daya yang saya ada. Balik kerja dah badan sakit2. Ada kala mmg taklarat langsung nak bgn. Tapi suami saya takblh nak faham keadaan saya bila dia tgk saya rehat dia ckp hr2 penat hr2 taklarat hr2 letih.

Dah nak masuk 3 anak pn perangai takberubah. Bukan ada paksa pun kerja tu sendiri yang nak kerja. Smpai hati dia ckp saya mcm tu. Sedangkan niat saya keje ni nak bantu dia juga.

Dlm rumah tu semua brg dr peti sejuk, mesin basuh, tv, rak2 n kerusi meja mkn semua hasil titik peluh saya. Smpai kan loan yang buat masa kawen dulu pn saya yang bayar tiap bln smpai la settle baru2 ni.

Pampers ngan susu anak pn saya takmintak duit dia bila beli tiap bln. Nafkah untuk saya pn kadang ada kadang takde tapi saya takpernah tuntut atau bising pun. Saya betul2 sedih dia tergamak ckp saya mcm tu.

Anak no 2 kami jnis high need demand suka menangis meronta2 tanpa sebab. Kadang2 hal kecik je takkena dia menangis meronta2 mcm kne pvkul. Pujuk apa pn takmkn kalau dah dia mcm tu.

Saya tau anak saya jd mcm tu sbb masa saya pregnant dia mmg saya bnyak menangis dengan sikap suami.
Masalahnya setiap kali anak menangis dia akan salahkan saya cakap saya memang tak reti nak pujuk anak.

Suami saya ni keje shift jd bila suami takde anak2 mmg saya yang urus sorang2. Balik keje penat2 pn saya gagah kan diri layan keperluan anak2. Yang peliknya bila suami keje anak2 semua ok je dengan saya tido pn ok baca doa tidur semua dgr ckp.

Tapi bila suami cuti atau keje shift siang anak2 semua buat perangai bila ayah dia ada. Anak sulung pun kerap kena marah dengan ayah dia. Ayah dia suka beza2 kan anak lelaki dan perempuan. Hmmm..tahla.

saya dah taktahan dengan sikap suami saya yang takpernah nak hargai saya melahir dan besarkan anak2 bila dia takde g keje. Bnyak yang tak terluah apa saya rasa. Saya sayagkan keluarga saya tapi tula sikap suami tu buat saya kerap harap kami berpisah je lebih baik dr bersama.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *