Assalamualaikum admin dan pembaca yg budiman. Kisahnya baru2 ni saya telah terbaca kisah adik lelaki berebut harta arwah abang untuk difaraidkan tp tidak pula bertggjawab menafkahi anak2 arwah abg dan balu yg ditinggalkan.
Juga kisah makpak mertua berebut kereta wira anak lelaki dan meminta anak lelaki menampung perbelanjaan isi rumah, sedangkan anak lelaki sudah berkeluarga, dan ayahnya masih sihat utk menafkahi maknya.
Cerita ni pernah berlaku pada sy dulu, ayah mertua berhenti kerja seawal 50 tahun tanpa sebarang penyakit, dan menyuruh suami bayarkan loan rumah mereka. Suami yg ketika itu gaji tggi, mampu bayar loan ayah 1k sebulan.
Sehinggalah suami diberhentikan kerja, memilih kerja sehingga menganggur hampir 2 tahun, kini suami mula bekerja semula dgn gaji separuh drpd gajinya dahulu.
Ayah mertua kini sudah hampir 60 tahun, tp masih sihat. Tiada penyakit kritikal. Loan masih berbaki 5tahun. Sy dah mula dgr ura-ura mungkin ayah akan bersara, loan mungkin akan ditanggung oleh anak2.
Iaitu suami sy, dan sorang anak perempuan. Mana mungkin suami mampu byrkan loan tu walaupun share dgn adik perempuannya kerana gaji suami sudah tak byk mcm dulu dan anak pun semakin bertambah.
Menurut suami, gaji suami dan adik perempuannya lebih kurang sama, tp suami ada byk komitmen nafkah (1 isteri, 4 anak) sedangkan adik perempuannya tiada anak, dan ada suami yg boleh menafkahinya.
Tidak adil utk share 50-50. Sy dah serik menanggung segala perbelanjaan rumah, loan rumah, loan kereta , pengasuh anak2 juga yuran tadika anak2. Sy dah serik sgt2 masa suami menganggur dulu.
Walaupun gaji sy hampir2 3x ganda dr suami, tak bermakna sy kena tanggung suami, anak2 dan semua perbelanjaan, supaya duit suami boleh beri ke mak ayahnya. Apa dah jadi dgn institusi keluarga islam di Malaysia ni. Bab nafkah terlalu ambil mudah. Sy dah serik sgt!
Moga terbuka hati mereka utk langsaikan hutang mereka sendiri. Selagi ayah masih sihat dan mampu utk memberi nafkah kpd mak. Suami pun dah setuju utk tak menuntut hak faraid ke atas rumah mak ayahnya kerana kami sudah ada rumah, dan kami setuju utk lepaskan 100% kpd adik perempuannya.
Maaf mak ayah mertuaku dan adik iparku, turutan nafkah ke atas suami, tetap isteri dan anak2 lebih utama. Suami dulu pernah menganggur, tak beri nafkah, dan cur4ng. Dan sy tak nak ianya berulang.