Hai min… Tolong hide fb dan nama aku ya, aku tak tahu la min, kau nak siarkan luahan aku ke tidak, tapi aku harap kau siarkan ya..
Terima kasih min. Aku menulis sekadar untuk luahkan apa yang aku simpan selama ini, aku rase tertekan, terbeban, sakit kerana simpan semuanya sendiri.. Terima kasih pada kalian yang sudi bagi kata semangat, nasihat pada aku..
Selama 12thn aku jalankan tanggungjawap sebagai seorang ibu dan seorg isteri, dan selama 12thn juga aku mendirikan rumahtangga yang kadang kalanya banyak dugaan, suka duka, tawa dan tagis.
Paling menyedihkan selama aku menjadi seorang isteri pada suamiku entah berapa banyak sudah dia menipu diri ini. Aku sedih… Aku cinta, sayangkan suami aku ikhlas dari semuanya.. Tapi aku tak sangka.. Selama ini kepercayaan aku, kesetian aku, kasih aku, sayang aku, cinta aku di ki4n4t sebegitu saja..
Mungkin ya, aku banyak kekurangan.. Mungkin ya aku banyak kelemahan.. Tapi, perlu ke sebabkan itu suami aku harus curangi aku, permainkan aku, khianat kepercayaan aku?? Dalam beberapa bulan ni aku rase seperti ada sesuatu yang x kena pada hubungan kami,
aku cuba bertanya tapi suami aku kata itu cuma mainan syaitan, yg cuba rosakkn hubungan kami, tapi aku cakap dengan suamiku, seandainya ini pertunjuk Allah pada aku, lambat laun aku akan tahu juga..
Sampai la bila dah terkantoi sekarang, apa yang aku mimpi, apa yang aku rase itu memang benar. Suami aku melayan perempuan lain di belakang aku, layan web lvc4h dengan perempaun lain.
Apa perasaan isteri2 semua kalau tengok vdeo suami dgn perempaun lain? R€muk, hancur, musnah segala2nya.. Aku hilang kata2, sebulan yg lepas kantoi perkara yang sama tapi tidak seteruk kali ini, dia janji kata tak akan ulangi lagi, berjanji tak akan bukak web tu lgi.
Tapi dalam diam suami aku jadi makin teruk, seteruk2nya… Janji hnya tinggal janji… Suami aku siap bertukar nombor fon, berwassap.. Aku ingatkan seorang, tapi ramai rupanya perempuan2 yang dia layan luc4.
Sedih aku ney sampai tak terkata, aku rase jiwa aku dah kosong.. Aku x tahu, kenapa aku rase sebegini rupa, mngkin. Sebab aku dh trlalu banyak menangis atau aku dah hilang rase sayang, cinta untuk suami aku..
Perkara ni aku dah bincang dengan kedua mertua aku, mereka tak menharapkan aku bercerai dgn anaknya. Mereka minta aku bersabar. Tapi aku rase aku dah tak mampu.. Aku dh tak mampu nak harungi semua ni, permainan suami aku sendiri..
Suami aku marah kalau aku tak sembanyang, dia marah kalau aku pakai baju pendek, marah bila aku keluar tak pakai tudung.. Tapi dalam mase yang sama dia tengok badan perempuan lain, layan luc4 dengan perempuan lain, puji perempuan lain cantik.
Adil ke semua tu untuk aku? Badan aku, penampilan aku jadi brk pon sebabkan dia bukan sebab orang lain, dia menharapkan yang cantik, lawa. Sedangkan dengan isteri sendiri dia berkira.
Bukan kata duit nafkah tak bagi, dia memang bagi 1 bulan rm350, tp duit itu la aku gunakan untuk pebelanjaan ank 4 org , ank2 3 org bersekolah, sekolah menengah, sekolah kebangsaan, sekolah tadika. Seorg lagi masih kecil, kadang2 ank2 teringin makan.. Dgn duit tu la aku beli apa yg ank inginkan, bila ade berbaki sikit2 itu la yg aku gunakan untuk diri aku..
Sedih aku bila fikirkan semuanya, dia mencari kelemahan aku, kekurangan aku.. Sedangkan kelemahan dia, kekurangan dia lebih banyak yang ada. Tapi aku terima, aku lelapkan mata untuk kebahgiaan aku dan ank.. Tapi akhirnya, aku yg di permainkan.
Aku nekad, dengan keputusan yang aku buat untuk kali ini, aku tak akan padang lagi kebelakang.. Biarlah, aku sakit sekarang dari aku sakit hingga hayatku.. Suami aku ada je dalam KRT ni, saya harap awk baca post saya ni.. Dan sy harap awk faham, terima kasih untuk selama ni.
Sy mintak ampun dari hujung rambut sampai hujung kaki selama sy jadi isteri awk, sy banyak lakukan salah.. Halalkan segala makan minum sy selama ni.. Terima kasih