Salam admin tolong hidekan profile aku… Aku menceritakn kisah orang lain. Aku ada ternampak post dlm krt bercerita pasal suami dia mnghidap str0ke dan isteri tak dapat nafkah b4tin selama 3 tahun. Kisah ini lebih kurang dengan kisah aku.
Terbalik dengan aku, aku lelaki berusia 38 tahun, seorang suami dan seorang ayah kepada 2 anak lelaki dan 1 perempuan.. Dua sudah berumah tangga (21tahun dan 20tahun) aku kawen awal dulu. Isteri aku sekarang ni menghidap k4ns£r tahap 4…
Pada march 2018. aku sudah setahun tak pernah dapat nafkah b4tin dari isteri aku disebabkn dia sakit. Dan aku seorang lelaki sangat memerlukan nafkah tu.. Sudah stahun aku menunggu.
Kisahnya pada satu hari aku terjumpa dengan seorang gadis ni dan kami bercinta hingga tahap terlajur.. sebab n4fsu aku nak bersama tu mesti la ada. Lagipun isteri aku tak mampu layan aku. Takkan. Balik rumah aku tengok isteri ak sakit.. tak kan aku nak terk4m dia..
Lama ke lamaan perbuatan aku bercinta dengan gadis ni terbongkar oleh isteri dan anak aku… Dan aku bagitau yang aku nak berkahwin lagi disebabkan nafkah b4tin ini. Anak aku menasihati aku bawah tunggu la ibu pergi dulu dan kesihan la akan ibu.. Dan aku bersetuju dan putuskn hasrat aku untuk berkahwin lagi…
Selepas 6 bulan kemudian keinginan aku tak dapat nak ditahan lagi dan aku mengambil keputusan untuk berkahwin senyap2 dengan gadis itu dan perbuatan aku ini dapat dikesan oleh anak aku dan isteri aku.
Jujurnya… Aku sangat sayangkan isteri aku.. Aku tak berniat nak sakitkn hati isteri aku lagi2 dengan keadaan dia yang sangat memerlukan aku… Tetapi aku ni lelaki yang ada n4fus, salah ke perbuatan aku ini.
Sdangkan aku lagi banyak masa bersama dengan isteri prtama aku berbanding isteri kedua. Aku menjaga semua keperluan isteri pertama aku. Salahkah perbuatan aku untuk mengelak penzin44n ni?
Masalahnya sekarang, isteri ke 2 aku asyik merungut kalau aku tak cukup masa dengan dia, dan asyik2 menyumpah ister pertama supaya cepat maty.
Kadang2 isteri ke 2 datang ke rumah isteri pertama siap marah2 dan m4ki kerana saya dah seminggu tak balik rumah dia. Apa perlu saya buat min? Saya sayangkan ke dua duanya..