Masalahnya baru2 ni saya terjumpa k0nd0m dalam beg isteri dan bermula kisah ini isteri saya telah ke pejabat agama

saya suami kepada 3 orang anak kami telah berkahwin selama 13 tahun baru2 ni rumahtangga kami diuji dengan kehadiran orang yang 3.. saya dapat tangkap isteri saya mesenger video call dengan seorang warga P dihadapan anak saya.

saya sudah melarang isteri saya supaya jangan menghubunginya lagi. saya juga sudah siasat siapakah lelaki itu. tetapi isteri saya tetap berkeras berkatakan bahawa hanya kawan biasa mengajar beliau memahami bahasa melayu dan menolong beliau membuat assigment. Tetapi saya tidak percaya.

Masalahnya baru2 ni saya terjumpa k0nd0m dalam beg isteri dan bermula kisah ini isteri saya telah ke pejabat agama mengadu bahawa saya tidak memberi nafkah dan menuntut cerai. beliau menjadikan kes mengadu bahawa saya tidak memberinya nafkah supaya menutup perbuatannya.

isteri saya juga memburuk2kan saya kepada kawan2 terdekat dan familinya.. sehingga kini hubungan kami menjadi renggang kerana pihak ketiga..

isteri saya juga telah cuba menelan ub4t t¡dur sehingga ditahan diwad kerana saya telah mendapat bukti dari handphonenya saya menjumpai chatting mereka yg berunsur luc4h..

bukan berakhir disitu sahaja beliau masih berhubung dengan lelaki tersebut apabila beliau pergi kerja diofis. beliau tetap menafikan.

Saya ada bertanyakan kpd kwn ofisnya.. dan mereka memberitahu bahawa beliau masih berhubung. kelmarin saya menjumpai sekeping kad prepaid (umobile) yang bernombor lain didalam beg duit beliau.

saya cuba add di whatsaapp rupa2nya profile picture isteri saya. bermakna beliau mempunyai no tel lain. mungkin beliau guna semasa diofis. hal ini beliau tidak tahu saya masih menyimpan rahsia daripadanya.

saya takut beliau mengalami lebih tekanan. kami akan hadir lagi seisi kaunseling pada 20 hb. march.. isteri saya tetap dengan keputusan untuk berpisah.. saya tetap dengzn keputusan tidak akan berpisah kerana sayangkan anak-anak..

saya harap admin bantu saya menjejaki lelaki tersebut dengan bantuan nitizen.. saya hanya mendapat maklumat bahawa warga p tersebut bekerja dihotel sekitar kuala lumpur.

saya berharap dapat menjejakinya kerana dengan berjumpa lelaki tersebut dapat menyelesaikan segala kesulitan dan keresahan yg saya alamai sekarang.. kalau saya masih menekan isteri saya..

dia ttp dengan tidak mengaku mengenali lelaki tersebut.. dan beliau dalam keadaan yg tertekan sekarang.. saya harap admin hide kan nama dan profile saya. tq admin.  admin.assalammualaikum

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top