Salam warga krt. Saya seorang isteri dan dh berkahwin 12tahun. Alhamdulillah sepanjang perkahwinan ini, mempunyai keluarga mertua yang sangat baik, tidak masuk campur urusan anak menantu.
Kisahnya sejak kebelakangan ini suami saya dan kakaknya ada sedikit pergaduhan yang kecil mungkin juga masalah komunikasi saya pun takpasti.
Jadinya ibu bapa mertua saya pun tidak masuk campur hal mereka termasuk la saya dan biras saya(suami kpd kakak ipar),serti adik beradik yang lain. Jadi mereka gaduh mcam2 tu sja dan senyap(sbb hal kecil sahaja).
Ok la kan. Kami sekeluarga teruskan kehidupan seperti sedia kala. Dalam dua tiga hari lepas saya perasan kakak suami saya aka kakak ipar saya unriend saya di Facebook. Saya pelik la kan kenapa dia perlu unfriend saya? Adakan sbb dia bergaduh sama adiknya.
Jika ya pun, perlukah dia buat macam tu sedangkan yang bergaduh adalah mereka berdua kenapa perlu melibatkan saya? Sedangkan saya layan dia dan keluarganya serta anak2 nya baik saja.
Jika dia minta pertolongan saya selalu saja bantu kerana anaknya itu sudah saya anggap seperti ank saya sendiri. Kenapa ya? Untuk makluman, saya takpernah bergaduh pun sama ipar2 saya atau siapa2 atau keluarga mertua, apatah lagi keluarga sendiri.
Tapi dia siap unfriend saya di Facebook. Kalau dia wasap group biasa sj dia layan, tiada gaduh2 pun. Cumanya dia unfriend saya saja di facebook. Kita layan dia elok tapi bergini dia buat. Sedihnya saya.
Pada pendapat saya, kalau bergaduh pun gaduh la tp kenapa perlu libatkan saya,saya tiada kaitan. Betul tak? Apa pendapat kalian? Apa patut saya buat? Buntu.