Masalahnya sekarang bila lepas raya hari ni isteri saya akan ke mahkamah untuk buat tuntutan fasakh dan prosese penceraian

Assalamualaikum Min tolong hide kan profil saya. kat sini sebenarnya saya nak meluah sikit Saya sebenarnya Terlalu rindukan anak-anak dan isteri saya.

tapi sekarang saya telah melakukan satu kesalahan yang besar yang membuatkan isteri dan juga family isteri benci terhadap saya , hinggakan tak ada peluang lagi untuk saya Berbalik dengan isteri saya,

Ya saya akui Selama ni memang saya terlalu banyak melakukan kesilapan dan adakala nya saya abaikan nafkah juga tanggung jawab saya. Sekarang ni baru  rasa menyesal yg teramat sangat.

Sebab dah lukakan hati isteri dn family nya. Yg selama ni telah banyak bekorban untuk saya , saya terlalu bnyak melaku kn kesilapan dan boleh dikatakan setiap kali sy buat silap.

Sy akan mohon maaf dn mintak isteri bg sy peluang untuk sy berubah. Tapi peluang yang diberi tetap sia sia..Saya ulang lagi ulang lagi dan ulang lagi..

hingga akhir nya barulah saya rasa macam bd00 sangat menyesal sangat kali ni “kau dah takkan dapat peluang lagi”
Tapi Saya masih sayangkan isteri saya . Cuma saya tak tahu nak buat macam-mana lagi dah. Sebab isteri saya mcm dh tawar hati, 

Masalahnya sekarang bila lepas raya hari ni isteri saya akan ke mahkamah untuk buat tuntutan fasakh dan prosese penceraian. saya amat amat sedih dan rasa terlalu b0d0 sangat sanagt selama ni.

Terlalu ego, dan sekarang menyesal yang tak berpenghujung. tolonglah doakan supaya isteri saya lembut hati semula dan terbuka balik hati dia serta family mertua saya, untuk terima saya balik sebagai menantu. saya sayangkan isteri dan anak-anak saya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *