Assalamualaikum min mohon hide profile saya.. saya nk minta pendapat.. saya dan isteri baru berkahwin dan kami PJJ, kami kenal dah lama dan alhamdulillah sblum perkahwinan kami tiada gaduh besar, cuma isteri saya merajuk sikit2 itu adalah sbb saya sebelum perkahwinan ini bnyk main2,
alhamdulillah sekarang dah fikir kedepan skit dan mula ambil serious
Kisahnya sejak kebelakangan ni isteri saya mula tawar hati pada saya sampaikan dia mula kurang bercakap kurang mesra dan hilang rasa hormat pada suami.
Saya tidak tau punca dari mana, bila saya tnya dia slalu ungkit perkara2 sebelum kahwin. Nafkah zahir alhamdulillah sempurna saya bagi.. nafkah batin jarang sekali sbb PJJ dan kadang2 dia tolak bila mahu bersama. Sbb perasaan cinta tu tiada.
Baru2 ni dia kantoi curang dgn rakan sekerja dia, mungkin sbb saya ni kerja biasa2 saja dan tidak berpangkat tinggi seperti dia dan rakan kerja dia. xpasti sejak bila dia curang, tpi lepas kantoi tu dia minta maaf semua,
saya x pasti samada dia buat lagi atau tidak sbb ssah nk keep on track sbb PJJ. Saya masih cuba utk selamatkan perkahwinan ini, tpi saya rasa mcam saya tempuh sorang2. Kalau wasap pon dibalasnya sepatah2.
Bnyk kali saya istikharah, 3 dari 5 mimpi tu saya nmpk dia, dan semua mimpi2 tu mimpi yg elok2, tiada unsur penceraian. Dan dari apa yg saya belajar,lepas istikharah perlu minta pendapat imam2 dan sheikh, itu saya belum buat lgi sbb sibuk kerja.
Pertanyaan saya:-
1. Apa yang perlu saya buat? Saya ckp nk pindah ke kawasan dia bekerja utk hidup sekali dgn dia, dia tolak dan ckp dia x boleh hidup dgn saya sbb tiada hati dan perasaan.. perlu ke saya berkeras dan paksa dia utk dduk dgn saya?
2. Perlu ke saya jumpa pakar perubatan islam untuk scan dia tkot dia diguna2 oleh orang lain? Sbb perubahan dia sgt drastik
3. Setakat mana saya perlu bertahan sebelum saya lepaskan dia? Saya betul2 sayangkan dia dan nk bimbing dia supaya tidak sesat. Tpi hati dia keras dan saya tgk dia menderita bila kahwin dgn saya
Maaf kalau ada yang tidak cukup info dalam luahan saya ni.