Kisahnya setiap kali saya sebut teringin nak anak lagi Mesti dia akan sebut selepas melahirkan tu ikat ke?

Assalamualaikum. Minta hidekan profile ni. Saya sekadar meluah.. Kenapa ye dengan adik ipar saya ni. Saya tahu perkahwinan dia masih belum dikurniakan zuriat walaupun perkahwinan dia hampir 1 tahun.

Saya pula dah ada 2 orang anak.. Yang tak fahamnya kenapa dia kene atur berapa orang anak saya? Saya boleh beranak lagi sebab saya lahirkan kedua2nya secara normal.

Dan saya masih muda.
Kisahnya setiap kali saya sebut teringin nak anak lagi Mesti dia akan sebut selepas melahirkan tu ikat ke? Saya dulu kahwin bukan terus lekat. Dan anak2 sy pun jarak 3 tahun.

Saya tahu ada ipar lagi sorang anak dia tiga.. Tu dah betullah lahir pembedahan tak de plihan selain ikat slps 3x melainakan dia nak tmbh ckup 4 orang tu terpulang.

Yang saya ni lahirkan anak scra  normal pun dia nak sruh ikat juga ke? Muda lagi tau. Ipar mcm ni sebenarnya kenapa ye? Stress nak hadap perangai macam ni.. Dengki ke mcm mana.

saya jadi stress kalau dia sibuk2 suruh orang ikat.. Saya kahwin muda.. Jarak anak pun 3 thun sorang.. Dia pernah cakap.. Elok beranak 3 orang je.. Habis org lain yang beranak ramai tu bagaimana.

Rasa nak t4mp4r je muka ipar ni tau.. Kang kita bg kata2 sentap.. Dia pula terasa. Saya pun tak mahulah buat dia trasa.. Sebab saya pernah rasa kahwin tak terus mengandung..

Faham.. Tapi tak fahamnya.. Beriya sangat suruh ikat. Kot umur 40 tu mungkin lah.. Ni muda lg kot. Agak2 laa.. Sedangkan orang umur 40 pun masih tunggu nak zuriat.. Sy yang muda ni pula dia nak sekat.. Sihat.. Tak sakit.. Ke dia yang sakit ni.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top