Kisahnya suami saya kerja kerajaan yang pegawai berpangkat masalahnya Kerjanya asyik outstation tggalkan anak bini.

Salam admin. Saya cuma nk meluahkan. Saya dpt suami yg narsistik. Dulu saya x perasan. Lama kelamaan saya sedar saya cuma isteri yg dipergunakan bila perlu sahaja. Kategori bibik jaga anak jaga rumah dan kerja utk tambah ekonomi keluarga dan suami cuma baik ketika dia ingin bersama sahaja.

Kisahnya suami saya kerja kerajaan yang pegawai berpangkat masalahnya Kerjanya asyik outstation tggalkan anak bini. Kdg masa outstation lepas abis meeting sempat keluar dgn kawan2 outstation utk lepak sampai kurang masa utk keluarga. Begini ke pegawai kerajaan yg berpangkat selalunya?

Saya harap boleh dah kerajaan cuba cut cost buat meeting merata satu malaysia sampau pegawai2 tggal abai anak bini tiap mggu, sdgkan online meeting pun sudah memadai. Dulu dia kata bila dah ada staff bawahan akan lebih banyak masa utk keluarga. Tapi ternyata sama saja. Ini perkahwinan ke empat dia.

Kenapa ye lelaki sedaya upaya ingin poligami tetapi sebenarnya nafkah zahir batin kelaut. Saya juga hampir cerai beberapa bulan yg lepas sbb suami kantoi berhubungan dgn wanita lain. Selama 4 tahun nikah sudah beberapa kali kantoi curang sedangkan sudah berbini 2.

Saya buntu utk meninggalkan perkahwinan ini kerana kos sara hidup semakin meningkat. Tidak cukup duit nanti utk sara anak jika bercerai. Sebab dia sedang berada di puncak kerjaya, saya lelah penat berkorban menjaga anak selama 4 tahun.

Anak2 suami bersama kakak madu saya sume sudah besar. Kakak madu juga tersiksa kerana ada pengabaian nafkah zahir dan b4tin juga dari suami. Terasa perit kerana nafkah zahir b4tin dri segi duit, masa, perhatian, tidak cukup. Sudah kaunseling tapi x de jalan. Bekas isteri yg dlu, hanya 200 sahaja utk seorg anak diberi bulan2.

Bila kahwin baru dgn saya 4 tahun lepas, ditipunya saya dan seluruh keluarga saya, dia kata dia bujang, sedangkan dia suami org dan dah pernah kahwin 3 kali dan cerai 2 kali. Kenapa ye lelaki suka menganiaya perempuan atas dasar tung g4ng ag4ma polig4mi? Saya struggle membesarkan anak yg sdg melasak dan kerap sakit.

Cuti kerja abis, kerja di office tunggang langgang. Sedangkan suami sibuk outstation meeting sana sini setiap mggu dan lepas habis meeting boleh lepak dgn kwn2 meeting, sibuk mengejar pangkat tanpa lihat pengorbanan dan kepenatan bini2.

Kakak madu saya sakit dan dia tiada pilihan melainkan utk terima perangai suami yg x pernah berubah kerana berg4ntung dgn suami utk bantu serba sedikit dlm uruskan anak. Tetapi saya masih muda dah masih ada peluang utk cari bahagia sendiri dari ditindas lelaki sebegini.

Saya mintak pendapat warga KRT bagaimana cara utk sabar dan yakin utk keluar dari sebuah perkahwinan yg toksik sebegini?

1 thought on “Kisahnya suami saya kerja kerajaan yang pegawai berpangkat masalahnya Kerjanya asyik outstation tggalkan anak bini.”

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top