Assalamualaikum harap min pos cerita saya ni dan tolong hide profile saya. Saya seorang isteri yang teraniaya. Usia perkahwinan tak sampai setahun lagi dan sekarang tengah mengandung anak sulung.
Kisahnya suami saya dah empat hari lari keluar dari rumah tanpa sebarang kata ataupun khabar berita apatah lagi call. Saya tahu ke mana hala tuju dia lari namun hati saya dah sangat terluka untuk mencari dia lagi.
Saya tak sangka sesingkat itu akal fikiran dia. Mana tanggungjawab dia sebagai suami? Mana tanggungjawab dia sebagai bakal ayah untuk anak yang saya kandungkan? Sedih memang sedih hanya Allah je tahu apa yang saya lalui ini.
Hanya kerana mak saya tegur sikap dia yang acuh tak acuh dalam menjalankankan tanggungjawab sebagai suami sampai sebegitu sekali keputusan dia ambil untuk lari rumah dengan alasan nak memberontak sebab nak pergi ride ke Melaka hujung minggu ini.
Mak saya pun ada tegur juga pasal duit untuk beli barang-barang baby…sampai sekarang satu apa pun tak beli lagi dia hanya pikir nak seronok dengan dunia dia. Bukan saya tak mengalah banyak kali saya mengalah tapi sampai bila saya harus bertahan.
ini anak baru dalam perut dah buat perangai lari dari rumah..kalau esok2 saya sakit berpantang…anak menangis kat sebelah takkan nak hadap dia lari dari rumah lagi? Doakan saya tabah harungi lahirkan anak sorang-sorang selepas ini.
Saya dah tak nak harapkan dia lagi dah..biarlah dia nak buat hal sendiri ke nak enjoy berpuluh kali ride ke lantak dia la…saya dah tak nak ambik tahu. Lepas habis pantang saya memang nak tuntut cerai aje…doakan saya kuat.