Sampaila 1 masa saya berkenalan dengan ofismate orangnya cantik bujang pada Mula2 bergurau2 lama2 berwasap2.

assalamualaikum. nak tanya pengalaman suami yang pernah melalui situasi macam saya ni. saya dah kahwin berbelas tahun. anak 3. Isteri seorang yang taat, cantik, cmur dah dekat 40 tapi masi pandai jaga diri.

kwn2 selalu puji saya beruntung ada istri macam istri saya. Selama berbelas thn kahwin. alhamdulillah. hidup kami sederhana. cukup. saya tak izinkan istri kerja walaupun saya tau istri ada masa depan yang bagus klu dia berkerja.

tapi oleh kerana saya takut dia tak mampu jaga ikhtilat. saya nak dia jd surirumah saja. Dan istri saya akur. dia jarang merungut. meminta2. dia faham kemampuan saya sbg suami. hidup kmi berjalan seperti biasa..

Sampaila 1 masa saya berkenalan dengan ofismate orangnya cantik bujang pada Mula2 bergurau2 lama2 berwasap2. menjadi rapat. sampai bervc2. istri saya taktau sebab selama kawin dia memang tak perna cek hp saya.

dia selalu sibuk uruskan keperluan ank2. keperluan keluarga. dan saya tau dia sgt percayakan saya. Setiap hr kmi menjadi semakin rapat. Dan saya mula berangan2 untuk jadikan dia sbg istri ke 2. dan dia jg sanggup untuk berdepan dengan istri saya untuk meminta izin.nselepas berbincang.

saya berterus trang dengan istri. istri tekejut. speechless. lama dia berdiam diri. Dia mula menjauhkan diri dr saya. pindah ke bilik sebelah dan tak nak tidur dengan saya. tak nak mkn dengan saya. setiap kali saya ada kat ruma dia berkurung dlm bilik. berlarutan selama sebulan.

akhirnya saya bawa dia berbincang semula dan dia suruh saya pilih salah 1. katanya tak mungkin saya bole berpoligami. sebab saya tak mampu dr segi ekonomi. saya diam. saya minta dia bagi saya peluang. sebab gf saya ppuan yang berkerjaya. jd dia kata dia takde masala soal nafkah.

tapi istri saya tetap paksa saya buat pilihan. dan akhirnya saya pilih untuk ceraikan dia. Kmi bercerai. istri saya nmpk tenang. dia mula cari pengasuh dan keluar berkerja. saya rasa tak tenang. Semakin lama saya semakin sakit hati tengok istri seperti dah tak pedulikan saya lg.

dia selalu block saya. dlm masa yang sma hubungan saya dengan gf rasa tawar. saya macam dah takde hati nak kawin lagi. saya rindu kat istri. Di pendekkan cerita..saya jumpa bekas mak mntua. Dan bgtau yang saya nak rujuq.

semua kluarga sebela mentua menyokong. sebab hubungan kmi sgt baik. istri di panggil untuk bincang. mak mentua merayu pd istri. katanya bina hidup baru. semua orang pun perna buat salah. Dan istri akhirnya akur dengan kehendak maknya. kmi rujuq semula selepas 2 bulan lebih bercerai..

Selepas rujuq. saya sedaya upaya untuk lupakan gf. istri pula ada masa melayan saya dengan baik. Tapi banyak masa dia selalu diam. kurang senyum. tapi tetap jalankan tgjwb sbg istri sprti biasa. saya rasa kosong. teringat semula dengan gf.

dan saya cuba hubungi dia semula..tapi gf saya dah ada pengganti. banyak kali saya cuba berbaik. tapi katanya dia dah ada lelaki lain. masalahnya sekarang saya masih tak dapat lupakan dia. ada masa saya dtg ke kawasan ruma dia.

bharap dapat jumpa dia. saya bnci dengan keadaan diri saya bgni. saya rasa bersalah dengan istri. Tapi dlm masa yang sma saya tak dapat lupakan dia. Dan saya bole rasa. Istri saya tau yang saya masi tak dapat lupakan dia..istri  saya dah tak macam dulu. Dia selalu diam. mengelak.

saya rasa kosong.. apa yang patut saya buat. Adakah saya dah buat keputusan yang salah kerana rujuq dengan istri.. saya btl2 rasa tertekan tak dapat berbaik dengan gf. dlm masa yang sma saya pun tak mau kehilangan istri. dlm hati saya ni. saya nak hidup dengan mereka berdua..

Apa yang patut saya buat..saya hrp ada suami yang bole nasihatkan saya bdasarkan pengalaman yang hampir sma..sebab saya tau cuma orang yang perna mengalami sja yang tau apa yang saya rasa..

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top