Mak dia selalu Masuk bilik kami Masuk campur dan marah saya. Setiap Kali bincang dengan suami pun mak dia masuk bilik pasang telinga dari luar nak tahu.

Asalamualaikum. Saya nak tanya pendapat semua yang baca kisah saya ini. Saya berkahwin dengan suami dikurniakan anak 3 orang. Masa saya mengandung anak yang ketiga saya diuji, suami saya ditahan untuk siasatan pecah amanah selama tiga hari, lepas dia dikeluarkan dari tahanan dia tak sanggup nak berkeja dengan company tu lagi, dengan saya yang sarat mengandung anak ketiga suami pulak berenti keja. suami nekad nak pindah rumah mak dia sementara dapat keja lain, mak dia seorang janda dan rumah tu ada adik dia yang perempuan je duduk dengan mak dia. Adik beradik dia pun tak ramai, hanya 3 orang. suami saya sulung. yang kedua bekerja di kL dah berkahwin so pindah la kami dekat umh mak dia menumpang.

Macam2 jadi lepas sebulan sampi saya pun tertekan, dengan suami tak keja, hutang smua atas nama saya mak mentua pun mulai tak suka dengan kehadiran saya dalam rumah tu. Lepas berape bulan bertahan dalam rumah mak mentua saya. Saya bersalin. Saya dalam keadaan sedih masa tu sampi nak keluar wad bayar bil hospital kerajaan pun dari duit mak abah saya bagi dekat baby msa melawat dekat hospital. Lepas saya balik rumah memang saya tak berpantang sebab tak mampu, ada la rezeki orang bagi duit, tula rezeki nak beli bayi pampers Dan susu, saya mintak suami belikan saya pam untuk kuarkan susu yang manual tapi suami tak mampu.
Pernah saya dalam pantang saya ada cakap sikit dengan suami dengan nada tinggi sdikit sebab mungkin terlalu tertekan mintak dia fahami

Mak dia selalu Masuk bilik kami Masuk campur dan marah saya. Setiap Kali bincang dengan suami pun mak dia masuk bilik pasang telinga dari luar nak tahu. Geram ye Allah je yang tahu. dan saya sedar menumpang rumah dia. lepas habis pantang suami taknak jugak pindah,wlpn dia tahu mak dia tak suka saya. So saya ambik keputusan untuk berkeja jauh dari umh mak mentua,saya cari keja yang ad hostel, saya hanya balik sebulan sekali saja, tu pun mak mentua saya tak suka selalu marah suami saya kalau saya ada, puas saya pujuk suami untuk pindah tapi dia tetap dengan pendirian dia duduk dengan mak dia.

Berape bulan tu saya masih balik tengok anak2 Dan suami, masa saya berehat dalam bilik mak dia bising2 dengan suami saya yang baru balik keja, saya masa tu dah tak tahan, saya nak bawak anak2 saya pegi rumah mak saya. mak mentua saya tak bagi dia saja buat kami berdua bergaduh smpi saya mintak cerai.
Malam tu la sgala2 ye terluah saya dah taktahan. Sakit hati saya hnya Allah yang tahu. kesabaran saya dah hilang, rasa hormat pada mak dia dah tak ade. masa kami bergaduh mak dia dtg dlm bilik bagi api2 lagi smpikan pgl jiran sbelah,saya tak tahu apa niat dia. Saya terlepas tinggi Kan suara pd mak mentua sebab dia asyik bercakap je. suami tampar saya, saya mintak cerai. mak dia call mak saya mintak dtg ambik saya. besok pagi ye mak saya sampai. Dia cakap dengan mak saya. kalu ikutkan hati dia. dia nak tendang saya dr umh ni tapi sebab fikirkan saya ni ada mak bapak dia tak buat macamtu, mak ayah saya hnya diam,dia je bercakap

Suami yang duduk sbelah dia, hanya membisu. dia cakap keturunan saya tak baik la, saya ni jahat, anak dia baik. dia hqnya nak anak dan cucu dia je ada dalam rumah tu bukan saya. Sebelum saya keluar dari rumah tu. Abah saya pesan dengan suami untuk berpindah, tapi dia tak nak. Abah bawak saya balik, walaupun saya masih isteri dia. anak2 mak mentua tak bagi ambik. Dah berape bulan macamtu suami tak ade call, takde bagi nafkah diam membisu. Sampaila saya dah tawar hati dan mintak cerai. Saya datang rumah dia dengan mak abah saya, muka mak dia memang nampak seronok sebab saya datang mintak cerai. Suami bagi syarat, kalau saya mintak cerai hak jagaan anak dan hasil percarian jatuh pada dia dan saya setuju.

Malam tu jugak dia lafazkan talak. lepas 2 tahun saya jumpa dengan bekas suami balik, berape bulan selepas tu dia ada niat nak khwin semula. kami kahwinla dan duduk rumah sendiri. Tapi dalam permasalah sekarang, anak saya yang no 3 mak dia jaga. mak dia tak bagi ambil.. suami saya pum macam setuju je apa mak dia cakap, Aku la jugak yang makan hati. Sampaila sekarang anak aku yang no 3 masih dengan mak mentua. aku nak tanya, salah aku ambik anak aku yang no.3 tu.. ye memang Aku tak jaga dia sebab lepas pantang aku dah keluar cari keja jauh dari suami tu pun nak mgelakan dari mak mentua Aku yang tak suka dengan aku bergaduh dengan aku. Berdosa ke suami aku kalau dia nak ambik anak kami. kalau tak dengar cakap mak dia. Aku buntu Aku tak tahu nak buat apa. Aku nak ambil anak aku. Tapi Aku jugak kesian pada suami Aku takut nnti sebabkan Aku dia jadi anak derhaka.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top