Ni akaun fake. Tak sanggup nak guna akaun sebenar. Tak mampu jika ada orang tahu tentang aib yang berlaku dalam keluarga saya sendiri. Semasa saya mnulis ini. Sudah 3 bulan saya dan isteri tinggal berasingan dari ibu saya. Saya berkahwin dengan isteri 6 tahun yang lalu. isteri pilihan ayah saya. isteri saya tak pernah bersekolah sejak kecil. ayah (driver lori balak) ibunya orang asli. mertua tidak berkahwin. didera oleh nenek sejak kecil, kemudian dijaga dan dbesarkan serta bekerja digerai makan milik bapak saudara sebelah ibunya yang sudah bkhwin dan beragama islam. tetapi tidak mgamalkan ajaran islam yang sepenuhnya.
Ayah berkenan pada isteri ketika ayah ada lawatan ke suatu penempatan orang asli. mahu dijodohkan dengan saya. Ayah kasihan melihat bakal isteri bekerja seperti kuli dalam keadaan yang tidak terurus. ketika itu isteri belum pon capai usia 20 twhun. ayah ingin bebaskan dia daru kehidupan yang daif. tambahan untuk menemani ibu yang selalu keseorangan dirumah. Pada ketika itu. saya bru saje putus pertunangan yang dimeterai hampir 3 tahun. oleh kerana hati yang lara. saya terima saja. mmndangkn bakal isteri cantik. ada mix cina dengan orang asli. cuma dia tidak tahu mbaca apatah lg mnulis. Tidak tahu semua ttg dunia fb, insta. youtube semua takpnah tahu.
Isteri saya tidak beragama/tiada didikan agama sehinggalah dia bkhwin dengan saya. dengan nama indah yang dpilih saya sendri. Ini bukan lah isu nya. hasrat ayah dsambut baik oleh ibu. Ibu saya setuju dan memberi harapan agar perkahwinan dicepatkan. Ibu mminta saya dan isteri tinggal bsama untuk ibu dekatkn dia pada agama. kerana ibu sunyi drumah. ayah bergilir kerana berkahwin lebih dr 1 dan juga selalu outstation. seorang adik masih belajar di ipt. Awal pkahwinan. kami keluarga yang bahagia. ibu mngajar isteri solat/mengaji dan saya mngajarnya menulis dan membaca. walau kadang2 terasa jerih. kerana dia amat sukar untuk mmahami apa yang diajarkan.
Lidah yang tak pernah membaca masakan mudah untuk mngaji dan solat. walau bacaan tidak lancar. saya selalu menjadi imam buatnya diwaktu malam. Lebih banyak dia mngikut sja pergerakan saya dari membapca bacaannya sendiri..
Makan tahun untuk mngajar isteri. akhirnya dia mampu solat dan mengaji sendiri. walau ketika dia menngaji. saya selalu ketawa sendri. kerana cara bacaannya macam kanak2. Sesungguhnya Allah sntiasa mduga hamba2nya. setiap suka. tentu ada dukanya. Pada 12 Jan 2017 yang lalu. saya nampak ada kesan berbirat pada kaki sbelah kanan isteri. saya tanya kenapa katanya. dia terlanggar bucu katil..
Pada 17Jan ada kesan lebam besar di lengan sebelah kanan tapi bila tanya isteri katanya dia terlanggar meja pula dan yang menjadi semakin hairan. isteri semakin pendiam. tidak banyak berbual.. lebih banyak mnyendri didlm bilik wlupun ketika saya ada drumah. sesekali dia duduk bkumpul bersama. Selepas meyiapkan kerja rumah. dia kemudian masuk kebilik tidur..
Saya hilang punca. tidak tahu kenapa. tapi bila ditanya. Katanya tiada apa2. saya sangat buntu pada mnggu itu. Bila tanya ibu. ibu cakap tiada apa2..
saya mohon pada Allah. sesunguh2nya. tunjuknlah saya jln apa y perlu saya buat.
Pada 24jan.. isteri ada kesan lebam di dua tiga tempat diblkg badannya. tiada cara lain untuk tahu kenapa jadi bgitu pada isteri. Saya berkongsi cerita pada kawan baik. Katanya. kamera will never lied to u. memandgkan dia seorang cyclist. dia mminjamkn saya goPro miliknya. untuk dirakam drumah. Katanya “letakkan ditempat pling tinggi. Keseluruhan ruang akan nampak. Rekod hanya mmpu selama 15minit untuk stapi video tapi jumlah rakaman selama 12jam”.(kwn.jasamu takkan pernah aku lupa)
Jam 6am. ketika subuh esoknya. saya letak snyap2 diatas kabinet pinggan hiasan ibu. jelas nampk seluruh ruang tamu dan sedikit ruang dapur. dengan harapan Allah tunjukn saya bukti..
25Jan : saya bwk goPro yang dirakam kepejabat. ketika itu bateri sudah habis. maka saya perlu trnsfer ke laptop untuk mlihat rkaman.. Saya tak ssbar menunggu wktu rehat. supaya saya boleh mlihat dengan tenang. Sebelum saya buka rakaman. saya bdoa pada Allah. tunjukkn lah saya jalan y terbaik. saya play rakaman satu demi satu. Kelihatan
ibu kluar mgajar kelas alquran jam 8am untuk ke madrasah. sejurus itu kelihatan isteri saya keluar dr bilik untuk mngemas rumah. mmasak didapur. untuk seketika. tiada apa yang pelik blaku..
namun pada jam 11.25am, Ketika ibu pulang dari mngjar. isteri sedang mnyapu diruang tamu.tidak semene2..ketika melintasi isteri diruang tamu. Sambil ibu lalu. Ibu mnarik rambut isteri dari belakang lalu mhumban kepala isteri ke lantai. saya tergamam. betul kah apa yang saya lihat ini. saya ulang skali lg. ulang dan ulang…
Ketika saya mlihat video itu. Hanya Allah shj y tahu..hanya Allah sahaja yang tahu perasaan saya. Jelas dalam rakaman itu, Isteri saya sakit dan ketakutan. mbetulkan rambut. ibu dtg smula dengan cpt. ambil pnyapu y jatuh..kmudian..mlibas blakang badan isteri. tangan dihayun selajunya.
isteri saya menahan penyapu dr terus memukul bdanya. tapi ibu libas lg. libas lg sblum hembas pnyapu ats bdan isteri. ketika saya mnulis ni. saya masih lg takmmpu mgawal perasaan. menangis dlm hati saya mngingatkan apa y isteri saya lalui. Saya tak mampu lagi untuk melihat. Saya tak mampu lagi untuk melahat rakaman yang lain. saya tutup laptop saya. saya menangis untuk sekian kalinya..
Saya mnangis dimeja smahu2nya sambil mngenangkan isteri. Saya mnangis dimeja smahu2nya sambil mngenangkan isteri saya. isteri saya dia seorang y tidak pandai dalam serba serbi. dia tidak pandai membaca. tidak pandai mnulis. bercakap pon masih gagap2. takut berhadapan dengan orang yang tidak dkenali. tidak pernah mahu ikut ke majlis keramaian kerana malu dperhati. Saya bekhwin dan membawa dia tinggal bersma ibu dengan harapn daoat merubah dia dari khidupan dia yang sebelum ni. Dia didera oleh nenek dan bpk saudaranya. tiada siapa y mbela nasibnya smenjak dia kecil.. sehinggalah dia berkhwin dengan saya…
saya dengan penuh bbngga. mndabik dada. kononnya saya telah mnjadi penyelamat kepada isteri dari khidupan yang malang tetapi hakikatnya. tanpa saya tahu. Tiada bezanya kini dengan khidupan yang lama dan yang lebih mnyakitkan. adalah orang y paling saya sanjung sejak saya kecil. yang pling saya sayag. yang saya dahulukan dalam smua hal.. telah mlukakan hati saya serta isteri y saya amat cintai. Saya kemaskan barang diofis. saya bgtahu pada kawan2. saya emergency. Terpaksa pulang segera. Saya offday. sepanajang pjalan pulang saya mnangis. kenapa kenapa kenapa. kenapa ibu buat bgitu pada isteri saya. apa salah isteri saya..
Stibanya dipintu pgar rumah.. saya nampak isteri sedang mnjemur baju. ibu tiada kerana kelas mngjar ibu slps zohor. ketika masih didalam kereta. saya mngis. isteri melambai dan tersnyum pada saya..
Ketika Saya mlihat isteri. saya melihatnya dengan penuh rasa cinta/kasih sayag yang tak pernah saya rasai pada sesama manusia selama saya hdp. bertapa tulus dan baiknya mu wahai isteri. tidak pernah walau sekali dia mnceritakn apa y ibu lakukan pada dia. Apatah lagi nak mburuk2kan ibu saya. Siapa tahu kan.. bila kita akn jatuh cinta lg.. jatuh cinta yang paling mndalam dalam hati itulah yang saya rasakan..
Saya kluar dr kereta. Isteri datang pada saya hulurkn tangan untuk salam. Saya terus memeluk dia seeratnya kemudian menangis. dia tanya..”abang. kenapa?
Saya cakap. Kita kemas kain bju. bawa yang mana perlu bawa sahaja. penuhkan satu beg. cukup kelengkapan kita bdua untuk smnggu. saya cakap pada isteri. jangan tanya apa2. ketika itu hati saya tak mmpu dah nak mnahan. bimbang tak dapat mngawal emosi. Sesungguhnya Allah tlh mberiku Amanah untuk djaga. dan amanah ini akan ku jaga selagi mana hayatku masih ada…
Sepanjang pjlann pulang dr ofis. saya sudah merancang untuk bw isteri ddk dihotel. untuk sementara saya mencari rumah sewa. saya daftar masuk ke bilik hotel y slesa buat isteri. supaya saya takperlu risau akn keselamatan dia.
saya mesej ibu. Saya bawa isteri pulang kekampung pakciknya untuk smggu. ibu tya kenapa. tapi saya tidak mbalasnya.
Ayah tidak tahu ttg hal ini. kerana ayah slu bjauhan. Ibu saya seorang y dsnjung masayarakat. kerana mngajar mgaji dimadrasah. mengajar kitab fiqah dikampung2 sebelah. seorng yang berpegetahuan tinggi dalam agama. cantik bpakaian.kemas sntiasa. mnjadi contoh buat ibu2. seorang yang saya snjungi semasa kecil hingga dewasa. bcita2 untuk mcari seorng isteri y mpunyai aklhak dan ilmu seperti ibu..
Ttapi Allah temu dan jodohkan saya seorang isteri y serba kekurangan. tidak bharta. Tiada ilmu dunia apatah lagi akhirat. salasiah keturunan y celaru. tidak pandai bsiap. Tidak pandai mncantik diri.. tiada apa y dapat bandingkn isteri dengan ibu. tetapi. Allah itu maha kuasa. saya temui cinta y ikhlas, kebaikan dan ketenangan dlm hambamu y paling serba kekurangan. Dia isteri y paling saya cintai..
Kini Saya sudah menyewa dsbuah rumah y selesa buat kami berdua. walau pun kecil. tapi isteri saya teramat gembira. tapi kali saya mlihat wajah isteri. perasaan kasih itu tersentuh smpai kedalam hati. perasaan rindu itu lebih kuat dr sebelum ini. untuk pngetahuan swmua. shingga ke hari ini. Isteri tidak pernah mmbritahu saya tentang hal yang berlaku antara ibu dan dia.
Setiap hujung mnggu. ketika cuti bekerja. saya bawa isteri pulang kerumah ibu. tetapi tidak pernah walau sekali. Saya membiarkan ibu dan isteri berduaan. tidak pernah dan tidak akn berlaku lagi.. Bila ibu bertanya. kenapa pindah. saya hanya mrberitahu. Denang mahu berulang alik dari ofis ke rumah. Ibu dan ayah pon tidak tahu dmana saya tgl. Saya sayagkan ibu. tapi saya sayagkan isteri saya lebih lg. dia tak punya sesiapa didunia ini. hanya lah saya yang dia ada. hnyalah saya yang mnjaga nya.. Dia takmngkin mbaca luahan saya. kerana dia tak punya fb. dan ta kmmpu membaca msj shortform..
Ketika saya menaip ini pun. dia ralik dengan buku harry potter versi melayu y saya belikan untuk dia..sudah berminggu. belum pon habis satu buku.. bacalah wahai isteriku. sesungguhnya. walau apa y kamu lakukan ddlm dunia ini. ada seseorang y sangat kasih pada kamu. y hatinya tak mngkin berbelah wlu sedikit untuk mu. Didunia ini.. mgkin kelihatan dirimu biasa2 shj..tiada y istimewa…ttapi.. ku harapkan sayaurga untuk mu kelak…
Saya tidak pernah tahu dan tidak akan tahu mngapa ibu plakukan isteri begitu. saya tidak akn btanya dan juga tidak mahu mdgr. wlu hati ini spt tidak dpt memaafkan ibu. tapi apalah daya. sdgkn isteri saya seolah2 mlupakn apa y blaku. mngapa saya y perlu berlebih2 marahkan ibu?
Saya juga tidak tahu mngapa isteri saya tidak mnceritakan ap y blaku. sejak bila dia dbuat bgitu oleh ibu. Saya takkn mampu untuk btanya. risau akn mngeruhkan keadaan y seolah2 tiada apa y blaku.. tapi pada detak hati say setelah sekian lama mngenali isteri.. saya dapat
Isteri takut akn khilangan saya.. dia tidak bkongsi cerita kpada sesiapa. kerna dia tidak punyai kawan atau saudara y lain. dia tidak ceritakan pada saya. Bimbang saya tidak percayakan dia. dia memilih untuk bdiam diri.. namun Allah itu sntiasa ada untuk hambaNya y teraniaya. Seandainya. jika isteri saya ceritakan apa y blaku. Tentu nya saya tidak akn percaya. jika tidak mlihatnya sendri.. kerana itu. Allah telah atur jalan y paling terbaik untuk saya dan isteri..
Buat para suami diluar sana. dengarlah apa y isteri mu rasa. dgr apa y dia lalui jika bsama ibumu. sesungguhnya layanan ibu mu tidak akan sama dihdpn mahupun dbelakang mu. Mohonlah pada Allah apa y terbaik.. Saya telah meltakkn hati saya supaya sentiasa redha dengan percaturan y Allah telah tulis buat saya. Mudah mudahan hati ini sentiasa kekal redha dengan apa y blaku. buat isteri. jika awk baca luahan ini suatu hari nnti. abang memohon maaf semaaf2nya kerana telah mletakkn awak pada keadaan dianiaya oleh ibu abang.. mbiarkan awak mnderita untuk seketika. tapi awak perlu tahu.
mungkin abang takkan selamanya ada dspnjg hayat awak.. tetapi..abg akan sayangkan awak sepanjang hayat abang.