Assalamualaikum admin boleh siarkan tak untuk pengajaran suami isteri di luar sana, aku dengan isteri dah berkahwin 8 bulan isteri aky tengah mengandung sekarang.. Isteri aku baru berumur 18 tahun, aku tak tau nak cakap apa tapi aku rasa bersalah sangat bila dulu masa awal2 kami kawen aku crita dekat dia kisah aku dengan ex aku, dia pun macam dengar je aku terlepas cakap yang aku kawen dengan dia sebab nak lupakan ex aku.. Isteri aku ni halus ja orgnya tapi garang sikit.. Tapi manja, ayat aku bila cakap aku kawen dengan dia sebab nak lupakan ex aku, dia diam je pastu aku rasa macam dia buat keje dapur smbil nangis.
Selama aku kawen ni tiap kali aku tido mesti ak akan tersedar bila dia cium dahi aku, kadng2 bila mengalir air mata, bukan niat aku nak jatuhkan air mata dia, mungkin dia emosi sebab dia mengandung. Kehidupan kami tak selalunya senang ada kala susah jugak, tapi yang buat aku tersentuh bila aku tengah bersiap nak pergi kerja dan dia tengah sediakan bekal, aku tgok ayam hanya ada dua ketul tapi isteri aku cakap dia dah simpan untuk dia, aku pun ok la gerak gi keje. Bila aku tengah nak sampai terlupa pulak hp ak tertinggal, aku patah balik, Masa aku patah balik ambil hp bertapa sedihnya aku bila melihat isteri aku sedang berbohong dengan aku kerana dia cakap dia dah simpan lauk dia tapi dalam pinggan dia cuma ada nasi dan kuah, mengalir air mata aku.
Kenapa dia sanggup berkorban tahap tu untuk aku, walaupun kadang2 aku tak mampu nak penuhi rasa mengidam dia.. Dia tak pernah merungut. Dia susah nak keluar rumah sebab aku tak izin, biasalah bini aku tu macam budak darjah 6 comel je tak nampak macam isteri orang pun, aku takot kalau orabg lain kebas dia, dia pernah mintak nak kerja tapi aku tak bagi sebab dia mengndung kan, tiba2 ex ak mesej ak ajak jumpa.. Ak tak tahu kenapa tapi aku buat bodoh je tapi aku lupa nak delete chat tu isteri aku balik dia baca dia salah paham dia menangis min,, salah aku jugak sptutnya cerita dulu masa balik tu. Lagi buat ak rasa bersalah bila dia jumpa gambar aku dengn ex aku, sumpah aku lupa nak delete dalam google photos, maafkan biy sebab banyak lukakan sayang..
Macam mna pun dia terasa dengan aku, dalam keadaan dia letih, alahan dia tetap bangun sediakan makanan dekat aku, ak pergi dapur tegok dia masak bau balm yang dia pakai lagi kuat dari masakan yang dia masak.. Macam mana pun aku buat dia, dia tetap tak pernah lupa untuk cium dahi aku, aku menyesal sangat selama ni buat dia terluka.. Dsh la dia sanggup kahwin dengan aku dan buangkn sifat enjoy sedangkan dia baru 18 tahun,, sepanjng 8 bulan kawen aku tak pernah bawak dia bercuti.. Boleh bgi cadangan tak mana ak nak bawak bini aku. Kepada sayang terima kasih sebab pilih biy, walaupun biy bukan orabg senang dan maafkan biy kalau biy banyak buat sayang terlupa