Salam admin krt.. Tolong siarkan ya
Cerita saya begini. Umur saya 28 tahun. saya baru berkahwin 2 tahun. Anak seorang. Rumah kami besar ada 8 bilik semuanya.. Total ada 4 keluarga yang tinggal iaitu kakak saya dan suami dia serta anak dia 2 orang, saya dan suami serta anak kami, adik saya dan suami dia dan anak mereka seorang dan juga mama abah saya. Bukan kami semua tak nak tinggal asing tetapi mama abah tak benarkan. Anak perempuan semua disuruh tinggal sekali..
Cerita nya begini. Saya dan adik saya serta suami kami masing2 kerja biasa je. Tak macam kakak dan abang ipar kami.. Gaji besar. Setiap hujung bulan memang dia yang bagi duit banyak kat mama abah.. Dia yang beli stok makan untuk kami sekeluarga besar ni.. Kalau habis stok nya, dia jugak yang topup balik.. Kebaikan dia memang bab duit tak pernah berkira. Suami dia pun baik. Kalau mereka beli Kfc ke Mcd, memang dibeli nya sekali banyak2 untuk kami semua sekali. Bak kata bab duit memang langsung tak berkira. Apatah lagi kalau pergi holiday, semua sekali dia angkut kami semua.. Semua dia tanggung.
Masalah nya sekarang yang saya geram sangat perangai pemalas dia yang tak pernah langsung nak tolong buat kerja rumah. Suami dia rajin lah jugak. Tapi kakak saya ni tak.. Dia cuma kemas rumah kalau anak dia sepah kan rumah.. Tapi anak dia jenis baik bukan nakal memang tak pernah sepahkan rumah. So memang tak pernah nampak lah pegang penyapu. Pinggan mangkuk dia dan suami dia makan, dan anak2 dia makan memang dia cuci sendiri. Dia tak suruh kami buat.. Maksud saya pemalas tu macam kerja kerja lain..
Dia tu anak sulung yang sangat dimanjakan mama abah saya. Anak2 dia pun mama abah saya sayang lebih dari cucu lain.. Saya dengan adik saya yang kerja biasa biasa ni balik kerja bertungkus lumus lah kat dapur masak, kemas rumah bagai. Dia kat ruang tamu melepet tengok tv.. Time nak makan baru datang tunjuk muka.. Bila saya mengadu dekat mama abah, mereka boleh kata biarlah. Kakak dan abang ipar dah banyak bantu keluarga ni.. Kira macam tiap hari ada makanan mewah atas meja makan ni semua sebab mereka. Adil ke kami yang kena buat semua kerja just because dia yang tanggung semua belanja rumah. Dah dia mampu kan kewajipan dia lah tanggung belanja rumah kami semua..
Itu tak termasuk lagi kalau dia pregnant. Lagi lah dimanjakan. Mungkin rezeki kakak saya ni dia paling cantik, putih melepak dalam keluarga kami. Suami pun muka boleh tahan itu dapat anak2 comel.. Anak2 kami ni muka typical malay je.. Muka biasa biasa sebab tu atuk nenek tak pandang… Masa dia pregnant dia cakap je teringin apa, dia bagi duit bertungkus lumus la mama abah saya cari barang terus masak kat dia..kalau kami ni pregnant tidak nya dilayan macam tu.. Memang lumrah ke anak berduit dijulang tinggi..
Saya dengan adik saya memang nak pindah duduk sendiri, tapi nanti kami rindu pulak lifestyle mewah kat sini. Nanti duit rumah kena fikir, lauk tiap bulan kena fikir.. Kalau duduk sekali macam ni semua kakak saya tanggung.. Tapi kami makan hati tengok dia selalu dilebihkan. Tak pernah buat kerja goyang kaki.. Adik saya kata dia tak pernah makan hati. Dia kata dia happy je sebab kak long dah buat semua untuk family ni.. Setakat tak menolong tak apa.. Tapi saya tahu dalam hati dia mesti terasa jugak.. Tak payahlah tipu.
Siapa tak nak life complete macam kakak saya.. Tapi tulahhh kalau dia tu ringan tulang, tolong kami ni sekali mesti kami ok tak terasa.. Berubah lah rumah ni duduk sama sama. Kemaslah sama sama. Masak lah sama sama.. Stresss saya tau tak… Laki dia lagi selalu beli dia macam macam.Laki saya hmmm krik krik krik. Lama lama saya mti makan hati je
Wow, superb blog layout! How lengthy have you been blogging for?
you made blogging glance easy. The overall look of your site is fantastic, as neatly as the content!
You can see similar here dobry sklep