aku seorang isteri dah kahwin 4 tahun tapi belum ada anak. aku tak kerja, cuma buat cod makanan dari rumah. ada modal aku buat. tak ada modal aku diam je kat rumah. aku sekarang, tengah rasa gelisah. Bila apa yg aku rancang tak jadi.
aku akan rasa marah membuak2. lepas tu kaki tangan menggigil. debaran jantung terus laju dup dup dup. kepala rasa berat. tiba2 nangis teresak2 mcm mti laki.
lepas bangun tidur, lagi sekali rasa sedih yg teramat sangat datang . terus lah aku menangis lagi sampai double bengkak. hingus meleleh. kadang2 tu aku geram sangat asyik dok menangis aje , aku akan RAJIN kan diri kemas rumah macam nak raya. sental bilik air walaupun dah berkilat. basuh baju tuala langsir semua walaupundah bersih berlipat cantik. bak orang jawa kata ANGOT dia dah datang. tapi orang sekeliling aku??
1. suami dia sikit pun tak pernah ucap terima kasih, sokong aku dengan kata2, puji aku cantik ke tak,tanya aku okey ke tak, dekat rumah macam mana. penat ke tak. peluk cium aku senyap2 ke. aku je ni hari2 tanya kat dia okey ke tak ada masalah ke apa. yang dia tahu balik kerja makanan dah hidang. malam dia nak, aku kena buat walaupun aku xde mood. kalau tak, dia akan meradang2 2-3 hari tak bercakap dengan aku. bila aku buat perangai mcm yang berada di atas tu dia akan kata aku MEROYAN, KURANG AJAR, MENGADA-NGADA. lepas tu orang laki biasa lah malas nak layan perangai kita, dia boleh je keluar rumah melepak . hisap hembus vape,shisha ke rokok. ketawa dgn member. kita yang perempuan ni kena lah membatu dalam rumah sorang2. mandi kat bilik air berejam – jam. sampai mood tu okey sendiri.
2- Mak Mentua. yg mak suami ni tak habis2 suruh aku jaga adik perempuan(20tahun) dengan adik lelaki (8 tahun) dia . duduk dengan aku laki bini dekat rumah KL. sebab MIL aku kata dia dah penat nak layan kerenah budak2, malas nak masak tiap hari utk dorg, penat nak hantar adik laki dia ulang alik sekolah. malas nak tengok kerja rumah adik yg 7 tahun tu. aku macam? anak tu tanggungjawab MIL kot. bapak tiri pun ade. muda lagi 35 tahun. MIL dah 55 tahun. amboi sedapnye bapak tiri tu kawin dgn MIL xjaga makan pakai anak yang belum kahwin. dah kahwin ni, tinggal masuk free je rumah rumah arwah FIL.
banyak dah kisah aku baca bila duduk serumah dengan ipar2 ni. banyak buruk dari yang baik. untuk aku pulak aku amat jaga privasi perkahwinan aku. aku takut apa2 adik ipar bawak mulut apa yg terjadi dlm rumah aku ke MIL aku.
hmm aku pulak tak tahu nak tolak cadangan untuk bawa adik2 ipar ke KL tu. sebab fikir MIL. family suami. suami pun mcm nak je adik2 dia duduk dgn kami. korang tahu suami aku kata apa bila aku suarakan yang aku tak selesa ada orang lain dalam rumah walaupun family sendiri. dia kata ” bagus jugak, sebab aku malas nk layan kau punye perangai meroyan tu dtg. bila ada orang , tak ada lah kau tunjuk perangai tu ?”
3- adik ipar perempuan
dia ni peng kid, hidup bebas. hisap vape. nak berkawan dgn sape2 MIL tak kesah. dia ada 2 abang lagi tau. tapi banyak2 abang. kenapa dia pilih nak duduk dgn kami? sebab abang dia (iaitu suami aku) sikit pun tak pernah marah dia. nak mintak ape semua bagi. duit, enset, nk buat lesen motor, suami aku saport. abang dia yang lain rajin tegur dan marah dia sebab perangai tak semenggah. memang tak semenggah peng kid kan, perasan jan tan, kat rumah pakai boxer pendek, kadang2 tak pakai bera. pakai siglet je. walaupun kat rumah sendiri tapi malu lah sikit. ni tak hm
Dia pernah cakap dengan kami ya g dia tak suka duduk dengan abang lain sebab abang2 lain tu ada anak kecik nanti dia kena tolong basuh berak cebok anak abang dia tu. sedangkan duduk dgn kami tak ada anak. abg pun tak de marah2. abg yg ni sporting.
aku mengucap panjang dengar dia ckp mcm tu. engko suka ke aku tak ada anak? macam mana lah aku nak jaga diri dia bila dia duduk dgn kami? sedangkan ada pribahasa , jaga 10 ekor lembu lagi senang, dari jaga anak perempuan sorang. dgn abg dia,MIL xkesah life dia. dah konfirm2 aku kena didik dia. kang bila ada tak kena nanti. suami dan aku jugak disalahkan nanti. percayalah ckp aku.
4- adik ipar lelaki
umur baru 8 tahun. dia anak angkat. mmg tiada talian darah atau pun ibu susuan. ye mmg budak2. tapi korang nk tahu tak. MIL dgn FIL dah ajar dia tengok cerita orang putih yg ada adegan ci um2. lepas tu selalu buat jenaka pasal se ks. pasal org dah kahwin. aku risau nak jaga dia macam mana?? nak didik dia?? aku tak ada pengalaman. aku sendiri anak tunggal. aku tak tahu nk ajar budak kecik ni erti hidup yg sebenar. nanti dia dah baligh ada batas aurat aku dengn dia. orang lain tak fikir tu semua. dia ni pun perangai boleh tahan jugak. suka mintak2 game,mainan dkt suami aku. alasannye. KAMI TAKDE ANAK LAGI. dah tu ingat tak ada anak boleh mintak apa2 lah dgn kami? lagi satu suami aku pun ikutkan je permintaan adik beradik dia sampai kadang2 aku rasa dorang naik lemak.
kalau diorang jadi duduk dengan aku . aku tak tahu nak handle keadaan aku bila aku rasa tak sedap badan, bila emosi aku tak stabil. aku buntu. serius aku aku rasa susah hati bila jumpa family suami aku.
aku buntu nak kata tidak. alasan apa yg patut aku bagi? yang dorg cuma fikir, laki aku keje besar, xde tanggungan anak lagi, duk rumah selesa beraircond, duk KL. aku pun tak banyak ckaap, tak pandai marah orang. BESTT nyee idop dengan kami.
tadi MIL call bila nak balik kampung sebab nak serah adik2 ipar ni dkt kami.
memang aku cakap tersekat2 , aku buat alasan line tak clear. tangan aku shaking . aku taip sekarang dlm keadaan menangis sedih . sedih sangat. entah lah . aku tak tahu macam mana lgi nak cerita masalah aku. macam mana aku nk relate kan dgn apa aku rasa sekarang. atau aku yang bermasalah?