Salam Min. Saya dah kahwin 3 tahun, tapi masih belum ada anak. Saya dengan husband dua2 takde masalah tapi masih belum ada rezeki. Saya rasa sedih dengan diri saya, saya dah pergi banyak temuduga dari lepas spm sampai saya ada ijazah tapi tak dapat pun apa yang saya nak.
Temuduga spa dah 8 kali, lepas spm temuduga ipg 2 kali. Semua tak dapat. Kadang saya rasa diri penuh kekurangan, anak takde, semua yg saya nak tak dapat. Sekeliling saya semua kawan² yg berjaya, cikgu, doktor, phd, bergaji besar. Pendapatan kami cukup2 makan sahaja, kami xpernah jalan-jalan makan angin sebab tak cukup duit.
Masalahnya ada kawan yg suri rumah tapi dapat stay KL rumah 2 tingkat lepastu pasti bercuti tiap minggu. Kawan yg lain pula selalu keluar makan di tempat sedap-sedap. Kawan yg lain pula dari sekolah lagi semua dia nak dia dapat.
Sy tak cemburu tapi tertanya-tanya ada ke amalan yg saya tak buat tapi mereka buat selain solat dhuha,selawat, yang membuatkan rezeki mereka murah.
Tak mintak banyak boleh tak share amalan pembuka rezeki supaya saya dan suami juga dimurahkan rezeki. Doakan saya dan suami dimurahkan rezeki dan dikurniakan anak ye. Terima kasih untuk komen yang baik².