Masalahnya sekarang adalah apabila masuk bulan kedua berumah tangga suami kata dia kekurangan wang dan suruh saya bekerja

Tolong siarkan kisah saya. Hidekan profile saya. Tq admin. Saya nak mintak pendapat macam mana nak teruskan kehidupan dengan lelaki yang tidak bekerja. Semasa kami bercinta suami memang tidak bekerja, tapi atas dasar cinta saya bertahan dan paksa dia untuk berkerja.

Pelbagai cara saya paksa tapi dia tetap tidak mahu cari kerja. Saya cuba carikan dia… kata dia tak mahu kerana dia mahukan kerja yang mudah dan tempat yang berhawa dingin.

Hari2 saya tanya tentang kerja tapi dia endahkan.. Dia tidak mempunyai kenderaan, lesen mahupun rumah. tapi keluarga saya terima dia seadanya, lepas 3 tahun bercinta dia dapat pekerjaan di pasaraya , 6 bulan kerja dia merisik saya dan kami kawin.

Segala majlis semua family saya tanggung kerana mahukn yang terbaik untuk saya, keluarga langsung tidak mintak wang hantaran hanya duiit mas kawin sahaja rm100 .. Kami bercari rumah sewa dan tinggal bersama.

Sebulan hidup berumah tangga segalanya indah walaupun Hanya mmpunyai satu toto.
Masalahnya masuk bulan kedua berumah tangga suami kata dia kekurangan wang dan suruh saya bekerja. Saya dapat kerja dalam mase beberapa hari dan dia menyuruh saya membayar duit sewa dengan mengunakan gaji saya..

Selepas setahun hidup berumah tangga tiba2 dia berhenti kerja. Katanya kerja itu tak serasi dengan nya.. Dah 8bulan dia tidak bekerja, dia hanya bermain game , lepak berjam2 sampai ke pagi , hari2 pergi memancing.

Suami ingin bersama hampir tiap hari banyak kali saya menolak tapi dia kata saya seorang yang derhaka dan berd0sa.

Saya juga telan bermacam2 pil perancang supaya saya tidak hamil sebab saya tak nak anak saya hidup susah dan keluarga saya tidak tahu yang dia tidak bekerja. Apa yang patut saya buat. Betul kah tindakan saya jika saya meminta cerai.? Mohon pencerahan tq.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top