Masalahnya saya ada update status makan sedap2 jalan2 dan macam2 tapi tak sangka adik ipar punya tak puas hati macam2 dia fitnah kami sekeluarga

Saya dah berkahwin 4tahun dan duduk dirumah mentua, saya tak sangka duduk dengan mentua ni lebih banyak keburukan dari benda yang baik.

Saya pernah bergaduh dengan mentua saya  sebab masa dalam pantang (PKP tak boleh merentas)mentua saya selalu ckp anak sy bukan2 , bukan nak bantu .Jadinya saya dalam pantang stress .Anak saya pulak jenis kuat menangis+meragam sentiasa menangis .

Setiap kali sedara /atau adik beradik suami call dia bgtau anak kuat menangis lah , menangis mcm kena pukul lah… lebih banyak buruk dari baik jadinya saya malu dengan sedara n adik beradik belah suami . Bila dah besar dia kata anak saya d£gil pulak(saya sabar je) . Buat pekak je.

Kes saya bergaduh dengan mak mentua lama tahun 2020 tapi kes ni jadi panas bila mak mentua bgtahu adik ipar . (Sy engatkan adik ipar taktahu sebab sy dha pesan apa2 jadi dlm rumah ni jgn cerita dekat luar) saya tak sangka tahun ni 2022, adik ipar saya banyak update status wasap yang menjatuhkan aib saya. Jadinya semua jiran2, sedara 7 keturunan semua tahu masalah yang yang berlaku.

Selama 3 tahun saya berkahwin, saya banyak terasa hati dengan mak mentua dan arwah ayah mentua. Saya bukan tak ikhlas jaga arwah ayah mentua tp adik ipar tu cakap macam2 pasal saya dekat jiran2 dan sedara yang saya ni pemalas sedangkan dulu arwah ayah dia sy yang masak n jaga , anak saya pon terurus .

Anak saya kecil2 2tahun dan 4bulan (2anak masih menyusu bdn). Jadinya kalau tak sempat masak kami decide beli… bila kami nak beli barang dapur je mak mentua tak bg sebab ada banyak lauk dalam peti ais tp adik ipar ckp dekat org sy duduk rumah tu senang tak beli apa2 ditanggung semua.

Saya bersalin dekat hospital private guna medical card suami kena tambah 1ribu. Adik ipar cakap dengan orang semua yang kami hutang kt hospital tu elok je suami bayar. Adik ipar selalu memperlekehkan ijazah saya .

dia selalu update status kalau belajar tinggi tak guna kalau takde adab. Sedangkan perangai mak dia tu buat saya hilang sabar.  (Sebelum ni adik ipar duduk dengan mentua hari2 gaduh)

Mak mentua saya ni susah sy nak nampak dia solat. Kalau berjalan jalan boleh tp solat tk boleh kata kaki sakit . Jadinya sy ckp dekat adik ipar suruh mak solat. Adik Ipar tk boleh terima,Dia kata takpelah kubur masing2. Salah ke sy tegur ? Takpelah yang penting sy dah tegur.

Saya kalau masak nak bagi dekat jiran2 pon mentua kata tak payah. Alasanya takde kat umah lah , dyowang dah masaklah tp bila adik ipar dtg masak2 n bagi dekat jiran2 boleh pulak. Kalau saya masak mak mentua cakap sy tak masak dekat jiran2 .

Masa pkp sy pregnantkan anak yang first saya taktau suami saya minta adik ipar  bayarkan umah rm300 n suami pon kena potong gaji.

Masalahnya saya ada update status makan sedap2 jalan2 dan macam2 tapi tak sangka adik ipar punya tak puas hati macam2 dia fitnah kami sekeluarga. Dia hasut semua org benci kat kami. Kami tahu sebab terbaca semua yang kutuk2 kami.

Tanggungjawab suami jaga mak nya tapi maknya n adiknya pon buruk2 kan suami dekat org lain sedangkan masa mereka susah minta bantuan suami. Bila suami susah macam2 dia fitnah kami. 

Saya nampak perubahan mak mentua & adik ipar.laki adik ipar pon cakap takut nak bg anak belajar tinggi2 dok dapur jugak.  Sekarang saya dha start keja 4bulan  adik ipar n sedara2 n kawan2 sekutunya sakit hati.

Saya nak jadikan pengajaran dekat mak mentua ,adik ipar n sedara sebabnya masa mereka susah memang suami bantu . Tp bila kami minta bantuan dia burukan kami dekat semua org .

Patutlah kalau sy nak beli perabot semua tak boleh dia akan kata adik ipar yang bayar rumah n macam2. Sekarang kami dha tahu semuanya nak sebut nama adik ipar pon takut dha depan kami .

Saya memang takkan hadir apa2 majlis ,hari raya ke selain kem4tian tp sy tak halang suami saya nak hantar mak mentua pergi checkup hospital n kemana2 janji saya keluar dari rumah ni. (Dah lama sgt sy pendam) adik ipaq plak hasut semua org.

Saya dengan en.suami sedang cari rumah sewa .doa kan ye semua urusan kami dipermudahkan dan dilindungi Allah swt.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *