Masalahnya saya baru habis berpantang suami sangat kerap tido di bilik sebelah sedangkan saya dengan anak2 tido bersendirian

Salam warga KRT dan TQ admin siarkan cerita saya yang sungguh mengejutkan ni. Macam ni saya sudah berkawin hampir 5thn dan mempunyai anak 2 org (dua2Hero).

Saya Mommy berkerjaya dan Suami juga badan beruniform, kami tiada masalah rumahtangga, kewangan pon mencukupi, suami juga selalu menjaga anak2 serta kerja2 rumah juga suami tolong buatkan.

Kisahnya saya amat terkejut apabila suami bawa balik 1 perempuan dan bila saya tanya suami kata itu isteri baru dia saya amat terkejut, rasa dunia ni dah gelap. Saya tidak pasti bila mereka kahwin. saya menagis, meraung sepuas hati masuk ke dlm bilik tanpa bertanya.

Tidak cukup ka pengorbanan saya sebagai isteri dan ibu kepada 2 anak nya? Si perempuan tu tido di bilik sebelah bilik kami tanpa rasa bersalah. Saya mula tidak selesa dan hampir meroyan (Baby kedua kami baru 57 hari).

Mata saya ni tak payah cakap la, bengkak menagis seharian. Masalahnya selepas itu suami kerap tido di bilik sebelah saya dengan anak2 tido bersendirian. sedih sangat.

Perempuan tu selalu ambil hati konon2 ingin bermain2 dengan anak saya. Saya jauhkan anak saya dari dia.. Suami langsung rasa macam tak bersalah bawa balik perempuan tu di rumah kami(rumah nama suami).

Selepas 4 hari, saya tidak tahan lgi, saya paksa suami ajak suami balik kampun ayah dia (b.mentua saya) yang tidak jauh dari rumah kami. Sampai di rumah mentua, saya cerita kan A-Z dalam keadaan menagis teresak2.

Alangkan terkejut dan kecewa saya, bila bapa mentua kata yang dia tahu tentang perkahwinan itu. Saya nekad nak bercerai, saya sangat kecewa dan tawar hati, bawa suami pergi mahkamah untuk proses penceraian, suami menagis tidak mahu lepaskan saya, saya tekad.

saya tak sanggup tinggal sebumbung dengan madu saya. Saya stress. saya kecewa.. saya menagis sekuat hati..Tiba-tiba saya rasakan sesuatu yang basah di bantal ,saya berjaga dari tidur dan baru saya sedar yang saya hanya mimpi pagi tadi (Mimpi sambil nagis, mgunkin sedih sangat kan).

Bila saya terjaga, saya tengok suami siap mandi nak pergi kerja. Terus saya cerita kat dia kisah saya mimpi tu. dia boleh gelak. saya warning dia, jgn jadikan mimpi saya tu kenyataan.

Dia gelak lagi terus kata “Ish awk yang mimpi, saya plak yang kena marah, mimpi mainan tido jer sayaanglg”. Eeemmm. Lega..Tu jer nk bgtau, jangan marah ya kawan2

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top