Salam min. Macam biasa hide fb aku min. Aku just nak share kisah hidup aku dulu min. Kisahnya 6 tahun lepas aku kenal dengan sorang mamat ni muka boleh tahan maco cuma ketinggian tak cukup tapi dah buat aku terpikat dekat dia.
Kami kenal semasa hadir interview anggota sukarelawan di Seremban. Aku dapat tahu yang dia dah pun berkahwin anak 1. Time tu min aku dah kahwin anak 2. Rumahtangga aku okay, cuma suami sakit tak mampu nak penuhi nafkah b4tin aku.
Dengan segala kelemahan suami, aku mula kenal Ramai lelaki yang minat aku mungkin kerana paras aku yang cantik mix. Di sebabkan suami aku cukup mendengar cakap aku dan aku tahu dia tak mampu nak control aku yang sihat, bertambah mudahlah aku sorokkan segala kecurangan aku.
Berbalik pada kenalan baru aku tu, kami mula rapat bertukar cerita apetah lagi kami ditempatkan di pusat latihan yang sama di negeri N. Aku namakan kekasih aku dengan Mail. Aku katakan pada Mail yang aku dalam proses untuk cerai dan Mail dengan mudah percaya.
Sejak diawal perkenalan kami Mail sudah mula bercerita tentang isterinya yang sering bermasalah dan dalam proses cerai. Makl selalu makan hati dengan isterinya yang pelawan, m4l4s masak dan lansung tak nak masak, layanan sebagai isteri lansung tiada,
selalu menolak untuk berhubungan, tidak pandai menjaga diri, tidak menghormati mertua, tidak pandai jaga kebersihan diri, balik dari kerja terus tidur dan yang paling hinanya Mail ceritakan yang isterinya pernah ada anak luar nik4h. Dengan cerita cerita dari Mail,
aku mula menunjukkan yang aku perempuan yang baik baik. Aku buat dia benar benar cintakan aku dengan layanan class A. Hari demi hari Kami semakin rapat sehingga terlanjur. Aakhirnya kami ambil keputusan untuk menyewa sebuah bilik di tengah bandar S.
Aku bawa bersama anak anak aku untuk mengaburkan mata jiran jiran supaya mereka tahu kami adalah pasangan suami isteri. Kami hidup seperti sepasang suami isteri dan Mail berjanji mengahwini aku selepas Mail menceraikan isterinya. Aku percaya dengan Mail.
Aku juga telah dibawa kerumah ibubapa Mail. Mail begitu menyayangi aku, sehingga memberikan kereta yang sebelum ini di pakai isterinya, di berikan pada aku. Aku buat Mail benar benar lupakan bekas anak dan bekas isterinya.
Aku dimanjakan kesana kesini, di belikan apa yang aku mahu. Si isteri masih sibuk dengan menghantar pesanan pada setiap hari. Pada masa itu Mail sudah nekad untuk menceraikan isterinya.
Ketika itu hidup aku sangat bahagia. Semasa ketiadaan Mail, aku menghabiskan masa bersama kekasih hati aku yang lain. Seorang lelaki dari negara A.
Aku puas, teramat puas dengan layanan dari J, jika nak di bandingkan dengan Mail yang hanya melepaskan batuk di tangga. Kehidupan aku mula mewah, aku dapat apa yang suami aku tidak mampu untuk berikan selama aku berkahwin.
Dengan Mail aku tak kisah kalau dia nak kahwin atau tidak sebab aku boleh dapat lebih dengan lelaki lain. Bagi aku kalau dia boleh buat isteri dia, tidak mustahil dia boleh buat pada aku nanti.
Setiap apa aku lakukan di belakang Mail tersimpan rapi dengan suami aku semuanya lancar kerana aku pandai bahagikan masa untuk suami, Mail dan J. Aku puas kerana dapat buat Mail benci dan lupa pada bekas nak dan bekas isteri.
1 malam selepas aku balik dari ambil Mail dr pejabat, kami seperti biasa terlanjur seharian tidak berjumpa dan tertidur kepenatan. Dan disitulah bermula penamat hubungan aku dan Mail setelah aku dan Mail ditangkap kh4lw4t.
Mail di jamin oleh bekas isterinya. Aku di jamin oleh ahli keluarga. Malam itu aku dapat tahu dari suami ku yang Mail telah dipvkvl teruk oleh ahli keluarga ku.
Keesokan aku cuba kol untuk bercakap dengan Mail, tapi di jawab oleh bekas isterinya, aku merayu meminta untuk bercakap dengan Mail minta bertanggungjawab dengan apa yang dia lakukan, namun tidak di endahkan.
Mail meminta aku lupakan dan cukup tamat hubungan kami. Beberapa hari aku cuba untuk berhubung Mail tetap tidak endahkan aku,
Sehinggalah suatu hari suami aku mening4l akibat beberapa penyakit lain aku cuba telefon Mail untuk maklumkan dengan harapan Mail kembali pada aku, supaya aku boleh berkahwin dengan Mail,
Dan dapat menyelamatkan situasi aku pada masa itu kerana aku telah hamil 2 minggu. Aku tidak pasti bayi dalam kandungan itu anak Mail atau J. Usaha aku tidak berhasil kerana Mail telah benar benar kembali pada isterinya dan sekarang Aku lalui hidup aku dengan J.
Aku paksa dia bernikah dengan aku. Aku selamat melahirkan bayi kembar ku. Walau aku dan J tidak bahagia kerana J sering bersama ganti2 dengan perempuan lain tapi aku rasa berbaloi sebab aku dapat apa yang aku nak. Aku dah penat hidup misk!n.
Aku tak tahulah kalau perempuan tu ada dalam geng Krt ni (Isteri Mail). Aku cuma nak tahu yang kau dah berubah atau tetap masih stay dengan lelaki yang di belakang kau kvtvk kau.
Aku tak tahulah apa b0m0 yang kau pakai sampai Mail senang senang balik pada kau. Aku doakan hidup kamu suami isteri tidak akan kekal bahagia.