Terima kasih admin sebab siarkan kisah aku. Tolong hide profile aku min. Aku dan isteri aku, A, baru setahun lebih berkahwin min. Belum ada rezeki dikurniakan anak lagi.
Kami ni dah 9 tahun bercinta sebelum kahwin. Tapi lepas 8 tahun tu, hati aku tiba-tiba terbuka untuk seorang perempuan. Aku namakan dia C. Sebab dia kaya min. Dia bagi aku macam2. Cuma C ni seorang yang panas baran.
Lepas 10 bulan bersama C, hati aku tak tenteram dan mula mencari balik A. Nasib baik dia terima min. Tu pun lepas puas aku pujuk. Kami terus kahwin. Kami cuma akad nikah dan makan selamat je min.
Isteri aku ni orang yg sederhana dan faham aku ni tak mampu nk majlis besaran. 2 3 bulan lepas kahwin tu okay min, bahagia sangat.
Baru aku tahu, isteri aku ni pandai masak, kemas rumah, rajin bekerja dan dia ganti ibu dia uruskan adik2 dia sebab ibu ayah dia bercerai.
Masalahnya Aku start balik perangai aku masa bujang dulu. Minum ara4k, makan pil dan yang paling teruk, aku cari balik si C min. Sebab aku tak bekerja dan rasa susah sejak berkahwin ni.
Hanya C saja yang selalu hulur wang kt aku. Bini aku bekerja min. Dia ada diploma. Kerja pun dengan syarikat bagus. Tapi duit gaji dia tak cukup untuk kami byr motor, rumah sewa dan banyak lagi belanja.
Lagi satu, isteri aku ni kedekut min. Semua belanja dia nak kontrol. Susah betul nak mintak duit. Isteri aku hanya akan bagi aku RM15 je sehari untuk belanja itu pun tak cukup untuk beli minyak moto, rokok dan minum aku. Sebab tu aku cari C
Dah berkali2 kantoi dengan bini aku min. Tapi bini aku ni sabar dia punya lah tinggi, dia maafkan jek lepas bagi warning. Tapi sekarang hati aku berbelah bagi min, nak stay susah dengan bini aku yang almost perfect tu ke. Nak balik ke C yang panas baran tapi kaya tu min?