Masalahnya sekarang ni family mertua sering minta duit belanja pada suami saya sampaikan Bil2 semua minta dengan suami.

Hai min. tolong hide profile saya ye. Suami saya merupakan anak sulung lelaki dalam family. kami dikurniakan sepasang anak. Suami bekerja di sebuah kilang. anak yang kedua juga lelaki sudah berkahwin dan bekerja dengan syarikat swasta

Masalahnya sekarang ni family mertua sering minta duit belanja pada suami saya sampaikan Bil telifon, bil internet, bil astro semua suami saya yang bayarkan. sedangkan ayah mentua juga bekerja dan mempunyai pendapat bulanan yang banyak.

ibu mertua pula akan menelefon suami saya setiap hari untuk bertanya suami saya makan apa. isteri, cucu tidak pula ditanya. Sedangkan anak kedua mereka iaitu anak lelaki kedua yang bergaji besar itu tidak pulak dibebankan dia. nak beli barang dapur pun tak.

tapi anak bini dia semua makan pakai mewah2. tapi kedekut dengan mak ayah sendiri. Family mertua pula langsung tak pernah minta duit dengan anak kedua diorang. semua nak membebankan suami saya je. sampaikan duit belanja kitaorg pun tak cukup. sebab trpaksa bayar bil bulanan di rumah mertua.

Macam mana saya nak bincang dgn suami. sebab suami pernah bagitau. mak ayah dia yg utama. lepas tu adik2 dia. lepastu baru family kami.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top