Masalahnya sekarang selama setahun saya belum dikurniakan zuriat sedangkan isteri pertama mengandung sampaikan pada awalnya saya tak redha min saya persalahkan takdir

Min saya ni isteri no 2 beza saya dah suami saya lebih kurang 20 tahun.Suami saya sudah mempunyai isteri dan mempunyai 5 orang anak. Saya bernikah dengan suami saya sebab dulu saya jahil min tp saya nampak keihklasan dia bimbing saya. Alhamdulillah 1 tahun kahwin saya berhijab bukan kerana dia tp kerana Allah dan saya bersyukur.

Masalahnya selama setahun saya belum dikurniakan zuriat sedangkan isteri pertama mengandung sampaikan pada awalnya saya tak redha min saya persalahkan takdir.

Saya jauhkan diri dari semua orang min sebab bila saya sakit , saya akan sakitkab orang lain. Nak ditakdirkan tak lama lepas tu saya rasa suami saya berubah. Suami saya ada seorang setiausaha di pejabat, wanita tu dh lama kerja dengan suami saya.

Awalnya saya positif je fikir mungkin urusan kerja tp lama lama sampai ke tengah malam dan awal subuh wanita tu mesej suami saya. Dan bila saya tanya mesti saya akn dimarah semula oleh suami saya.

Wanita tu mula provoke saya dan madu saya dgn bermacam cara and mmg menampakkan dia mmg ada hbungan dgn suami. Gambar dalam kereta pun ada min tapi bila saya tanya suami saya terus block saya / tak balik rumah / marah-2 saya dan tak kan mengaku . Bulan puasa tahun 2021 saya bertemu dgn madu saya . Dia baik min , dia wanita hebat.

saya rasa berdosa sangat min sebab merampas kebahagian dia dan bulan yang sama saya dapat thu suami saya dah bernikah dengan setiasusaha dia . Hancur hati saya min . Dan wanita itu mengandung .. sebab itulah dia asyik ckp saya m4ndul.

Suami saya berjanji dgn saya dan madu nak lepaskan yg ketiga lepas selamat melahirkan dan kami tunggu. Saya benci polig4mi min tapi kalau ada dua pun susah ramai tersakiti apalagi 3  dan beberapa lama kemudian wanita tu selamat bersalin dan saya masih lg sendiri tanpa zuriat tp saya redha dah min.

Then saya nampak suami saya tak boleh buat keputusan dan Allah Maha Mengetahui , disaat saya betul-2 percaya suami saya takkan sakiti saya , saya dapat buka ig suami saya berdaling-2 dengan seorang call girl dari seberang.

Saya memang hancur time ni bila saya tanya saya kena marah dan dia kata kalau dia nak kahwin sampai 4 pun itu hak dia . Saya kecewa sbb yg ketiga belum selesai tp nak lagi , andailah dia thu hati saya hati yg pertama.

Jadi min saya pilih untuk pergi , saya mengalah . Saya tak nak anak anak madu saya menagih untuk merasa kasih seorang ayah sebab ayah ramai isteri . Saya muda lagi inshaallah saya tak kembali ke jalan lama saya

Min dan warga krt doakan saya biar kuat tau . Saya syg madu pertama saya , saya dah tk nak sakitkan dia . Ini yang termampu saya buat untuk tebus silap saya .

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *