Dia terlampau cemburu Ya memang ramai lelaki contact saya tapi kebanyakan nya memang kawan dan saya berani bersumpah tak pernah keluar berdua

Salam warga KRT, saya sejujurnya rasa tak happy dengan suami saya. Kami ada anak laki seorang baby boy comel sangat baru 5 bulan. Suami saya dah pvkul saya 3 kali selama kami bersama. Padahal saya hanya ada kawan lelaki.

Kali ke 3 paling terbaru ni sampai terkeluar d4rah dari hidung saya. Dia panic dan cepat2 minta maaf sujud dari saya. Dari zaman kami bf gf lagi dia pernah pvkul saya. Sebabnya? Dia terlampau cemburu

Ya memang ramai lelaki contact saya tapi kebanyakan nya memang kawan dan saya berani bersumpah tak pernah keluar berdua. Kalau keluar pun ramai2 dengan kawan2 lain. Saya jadi hilang arah, tawar hati tiap kali dia ajak bersama.

Saya terpaksa berpura pura dan kalau saya tak nak dia memaksa. Ungkapan I love you memang ringan dibibir suami. Anak pun dijaga dengan elok. Dia buat online business.

Saya dapat tawaran kerja dia kata saya selfish suruh duduk rumah jaga anak. Macam mana nak beli susu anak? Dia pun nak gilir2 dengn saya. Kalau tiada income saya nak beli pakai apa? Kalau saya cakap saya tak ada duit dia suruh saya simpan duit kat kvbur.

Pernah sekali nak bayar antibiotic anak di klinik, saya memang tiada duit dan minta mak saya bank in kan duit, kad pula tertinggl di kereta lagi satu. Dikatanya depan nurse tu “tactic” saya. Malu saya depan nurse.

Tak kan saya nak berkira duit untuk ubat anak saya. Suami ada kakak dan adik. Bapa meningg4l ibu single mother. Hari2 saya kena belikan makanan untuk family mereka.

Mak nya serba salah sangat kalau saya dipvkul lalu ditahan dengan badanny masalahhya Mak dia pun ikut lebam badan sebab terkena tempias.

Macam mana ni ye? Attitude nya ok tapi bila ada yang tak puas hati habis keluar singanya. Duit h4ram la nak kasi, semua atas saya sendiri. Bole ke saya minta cerai? Saya betul2 dah tawar hati..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *